Harian Metro

JOM TONTON ARSENAL, CHELSEA MALAM INI

-

kejayaan, bermula dengan Piala Malaysia 2016 yang disusuli Piala Sultan Ahmad Shah, Februari lalu sebelum menewaskan Pahang 3-2 untuk merangkul Piala FA di Stadium Shah Alam, Sabtu lalu.

Syabas juga buat Pahang kerana menampilka­n semangat melawan yang tinggi. Tidak ada aksi Liga Super dalam menghadapi Ramadan musim ini. Keputusan wajar yang diambil Perkongsia­n Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP) kali ini bagi mengelakka­n terus polemik sama ada sesuai atau tidak aksi liga diteruskan dalam bulan Ramadan.

Selepas mengikuti final Liga Europa antara Ajax Amsterdam dan Manchester United kelmarin, selera peminat terhadap bola sepak antarabang­sa lewat malam ini beralih kepada final Piala FA Inggeris di Wembley antara Arsenal dan Chelsea.

Biarpun dalam skop berbeza dengan bola sepak Malaysia, tidak salah jika peminat tempatan mengharapk­an pertembung­an Arsenal- Chelsea mirip final

Piala FA 2017 dari segi “entertainm­ent value” yang ditampilka­n dalam saingan Pahang-Kedah tempoh hari.

Kem Arsenal masih dalam suasana muram kerana gagal mengisi kedudukan empat pasukan teratas EPL untuk tiket beraksi dalam Liga Juara-Juara. Kegagalan itu dijangka menipiskan peluang Arsene Wenger meneruskan legasinya sebagai pengurus Gunners.

Justeru gelaran Piala FA tetap menjadi idaman Arsenal dan juga Wenger sendiri. Arsenal dijadual mengadakan mesyuarat lembaga pengarahny­a selepas final Piala FA, termasuk memutuskan nasib Wenger yang menjadi pengurus Gunners selama 21 tahun.

Tugas yang dihadapi Arsenal dan Wenger nyata berliku kerana berdepan Chelsea yang terbukti mantap sebagai juara EPL di bawah jurulatih dari Itali, Antonio Conte yang bijak menyusun strategi, di samping beremosi menyuntik motivasi pasukannya.

Kuda tua John Terry mengucapka­n selamat tinggal kepada Chelsea selepas karier hampir 20 tahun bersama

Blues. Cerita mengenai Terry pasti menyingkap nostalgia, sedangkan barisan Chelsea kali ini ternyata jitu dan mampu mencipta kejuaraan berganda kedua dalam sejarah kelab itu.

Kekebalan Gary

Cahill di belakang, tenaga N’Golo Kante di tengah membolehka­n pelbagai suntikan kreatif Eden Hazard, Nemanja Matic dan Diego Costa yang dimiliki Chelsea untuk mencipta rekod EPL dengan 30 kemenangan daripada 38 perlawanan liga sepanjang musim.

Prestasi pemain utama yang kurang konsisten, ditambah percaturan taktikal yang kurang selesa terhadap pemain seperti Alexis Sanchez, Mesut Ozil, Alex-Oxlade Chamberlai­n atau Olivier Giroud, mungkin menjadi titik kegagalan Arsenal malam ini.

Biarpun berpeluang mencipta rekod kejuaraan Piala FA buat kali ke-13, Arsenal berdepan misi sukar untuk mengulangi kemenangan 2-0 ke atas Chelsea pada final 2002. Ketika itu di Stadium Millenium, kali ini di Wembley.

Liga tempatan berehat dulu, kita layan Piala FA Inggeris edisi ke-136 yang mungkin menjadi milik Blues. Jumpa lagi!

 ??  ?? PERTEMBUNG­AN Arsenal (jersi merah) dan Chelsea sering sengit.
PERTEMBUNG­AN Arsenal (jersi merah) dan Chelsea sering sengit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia