Harian Metro

Dapat kepercayaa­n orang Korea

- Syanty Octavia Amry soctavia@hmetro.com.my

Mila diadaptasi kepada siri animasi 52 episod untuk pasaran antarabang­sa

Gembira buku hasil tulisannya berjaya menembusi pasaran luar negara, penulis buku kanak-kanak tempatan, Maslina Yusoff berjaya mendapat kepercayaa­n orang Korea apabila menandatan­gani memorandum persefaham­an (MoU) dengan salah satu studio terkemuka di Korea Selatan, H Culture.

Menerusi MoU itu, buku Maslina berjudul Mila akan diadaptasi kepada siri animasi 52 episod untuk pasaran antarabang­sa.

Memorandum itu ditandatan­gani, barubaru ini pada edisi ke-10 Pusat Dagangan Hak

Cipta Kuala Lumpur (KLTCC), satu platform untuk memperkasa­kan industri penerbitan dan pelesenan ASEAN melalui perdaganga­n harta intelek (IP) dan penumpuan digital anjuran Perbadanan Kota Buku.

Kerjasama itu adalah kisah kejayaan bagi

KLTCC kerana Maslina bertemu dengan Presiden dan Pengarah Animasi H Culture, Sukhwa Hong di KLTCC 2015 selepas bukunya diterjemah dan diterbitka­n di China pada 2014, sebelum ia diterbitka­n di Malaysia oleh Fazamas Books dan Buku Prima serta Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mila yang kini mempunyai sembilan siri menceritak­an mengenai kehidupan seorang gadis kecil bernama Mila dengan rambut kerinting yang diilhamkan daripada anak Maslina sendiri.

Bagi siri animasi pula, Maslina bakal mengembang­kan watak dalam dunia Mila dan dia bertindak sebagai penulis skrip.

Selain itu, H Culture bakal mengeluark­an sedutan berdurasi dua minit untuk siri animasi berkenaan pada September ini untuk dipratonto­nkan kepada bakal pembeli media di Perancis, United Kingdom dan Poland yang berminat.

Pembanguna­n siri animasi ini dijangka mengambil masa dua tahun untuk disiapkan dan ia disiarkan dalam Bahasa Inggeris. Selain membangunk­an siri animasi itu, H Culture juga menjadi agensi tunggal bagi memasarkan animasi Mila di peringkat global.

“Saya benar-benar teruja melihat Mila ‘hidup’ melalui siri animasi ini dan saya terharu apabila watak yang dicipta mendapat perhatian daripada studio antarabang­sa,” kata Maslina.

Sementara itu, Sukhwa berkata, dia jatuh hati dengan watak Mila kerana ia bukan saja seorang yang unik, tetapi menceritak­an sebuah kisah mencuit hati yang pasti menyentuh hati penonton.

Apa yang menarik, siri buku Mila turut tersenarai dalam carta Top 50 di Amazon China.

 ??  ?? MASLINA bersama karyanya.
MASLINA bersama karyanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia