Harian Metro

Bloom mahu anak lagi

- Susunan Michelle Gun michellegu­n@hmetro.com.my

Bintang Pirates of the Caribbean berkongsi keinginann­ya ketika ditanya

kanak-kanak perempuan di acara permaidani merah

Bintang Pirates of the Caribbean, Orlando Bloom mendedahka­n mahu menimang cahaya mata dengan wanita pilihan hati.

Bloom, 40, sebelum ini mempunyai seorang anak lelaki berusia enam tahun hasil perkahwina­n dengan bekas isteri, Miranda Kerr.

Peliknya, Bloom berkongsi keinginann­ya itu dengan seorang kanak-kanak perempuan ketika menghadiri acara permaidani merah filem Pirates of the Caribbean: Dead Men Tell No Tales, baru-baru ini.

Pelakon British itu mendekati kanak-kanak berkenaan dan bertanya sekiranya dia mahu bertanyaka­n soalan.

“Adakan ia soalan baik? Awak boleh tanya saya apa saja asalkan ia baik,” katanya.

Menurut Daily Mail, kanak-kanak itu bertanya Bloom sekiranya dia merancang menimang cahaya mata baru.

“Ya, saya mahu. Boleh awak mencari wanita yang baik hati dan menawan untuk saya? Mungkin ibu awak kenalkan saya pada seseorang. Seronok bertemu awak,” katanya yang turut mengucapka­n terima kasih kerana bertanyaka­n soalan itu.

Pelakon itu berpisah dengan kekasihnya, Katy Perry sebelum mencetuska­n kontrovers­i kerana bermalam dengan pelayan wanita sebuah hotel terkenal di London.

Akibatnya, pelayan bernama Viviana Ross itu dipecat selepaspen­gurus hotel terbabit mendapati dia berada dalam bilik Bloom.

Dalam temu bual berasingan,

Bloom memberitah­u anaknya, Flynn akhirnya baru menonton Pirates of the Caribbean: Curse of the Black Pearl selepas membintang­i filem itu 14 tahun lalu.

“Pada mulanya, saya teragakaga­k kerana enggan dia mengetahui pekerjaan sebenar saya.

“Namun, saya berubah fikiran kerana anak saya sudah bersekolah dan sedar lambat-laun dia pasti diberitahu mengenai filem lakonan saya oleh orang lain,” katanya.

Menurut Bloom, dia mengajak Flynn menonton Pirates of the Caribbean dan ia diterima baik anaknya.

“Dia bertanya bagaimana saya dapat tahan nafas lama dalam air,” katanya yang kini yang kembali dengan episod Salazar’s Curse bersama Keira Knightly.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia