Harian Metro

Inovasi seni songket

- Hartini Mohd Nawi hartini@hmetro.com.my

Kain tenunan cantik dijadikan aksesori hiasan kediaman

Inovasi teknologi turut membawa perubahan besar terhadap seni warisan tradisiona­l seperti songket untuk diselarika­n dengan perkembang­an gaya hidup masyarakat negara ini.

Songket mempunyai nilai sejarah tersendiri sebagai fabrik warisan agung dan dikatakan mula terkenal di Malaysia sejak abad ke-13 yang lalu.

Selain mengangkat martabat si pemakai, motif dan warna tenunan songket melambangk­an kedudukan seseorang.

Kini, usaha untuk memastikan kesinambun­gan industri songket masih berterusan.

Secara relatifnya ia berjaya mencapai tahap yang memuaskan hingga songket semakin popular digunakan sebagai busana majlis perkahwina­n, hantaran perkahwina­n, cenderahat­i dan aksesori hiasan.

Rekaan kontempora­ri juga lebih menarik perhatian kerana mudah disesuaika­n dengan situasi semasa.

Apatah lagi penghasila­n aksespori hiasan unik berasaskan songket yang tentunya menyerlahk­an idea dekorasi sarat nilai estetika pada ruang tertentu.

Dalam melihat perkembang­an membanggak­an itu, Ara Borgstena Sdn Bhd antara syarikat yang sinonim dengan seni warisan songket.

Menurut pengurus besarnya, Mohamad Pauzi Zahudin, suasana yang melatari songket kini turut berubah selaras dengan peredaran masa dan keperluan masyarakat.

“Seni warisannya terus dipertahan­kan tapi pada masa sama dipelbagai­kan fungsinya termasuk mengindahk­an penataan ruang.

“Biarpun sekadar aksesori hiasan ringkas, namun apabila berada pada ruang tertentu tarikan produk ‘bersulam’ songket lebih daripada itu,’ katanya yang ditemui ketika

 ??  ?? MESIN khas untuk tenunan songket.
MESIN khas untuk tenunan songket.
 ??  ?? MOTIF tenunan yang kemas dan mempertaha­nkan seni warisan songket.
MOTIF tenunan yang kemas dan mempertaha­nkan seni warisan songket.
 ??  ?? PERHIASAN dwifungsi ini dihasilkan dalam pelbagai jenis motif
dan warna.
PERHIASAN dwifungsi ini dihasilkan dalam pelbagai jenis motif dan warna.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia