Harian Metro

Promosi istimewa sambut Syawal

- Nor Hanisah Kamaruzama­n rencana@hmetro.com.my

Lebih 200 fabrik, rekaan ditampilka­n sebagai pilihan

Sempena Ramadan penuh keberkatan ini, syarikat peneraju bagi pengeluar perabot, barangan elektrik dan teknologi maklumat (IT), Courts Malaysia (Courts) menawarkan promosi istimewa hingga 28 Jun 2017 bagi membantu masyarakat negara ini membuat persediaan menyambut Syawal.

Lebih 200 jenis fabrik dan rekaan ditampilka­n sebagai pilihan termasuk rekaan sofa unik.

Selain itu, sofa kayu eksklusif berasaskan kayu getah dan direka khas sesuai untuk dipadankan dengan trend atau gaya kediaman juga diketengah­kan.

Menariknya, sofa berkenaan dihasilkan mengikut tempahan khas pelanggan dan pelbagai reka bentuk, kerangka serta warna berbeza boleh dipilih.

Kebiasaann­ya, hari perayaan antara kesempatan bagi keluarga yang jauh dan dekat untuk saling menziarahi.

Bagi keluarga besar, set sofa Aurora bernilai RM2,999 dengan jaminan lima tahun adalah pilihan sesuai.

Ini kerana ia direka khas untuk keluarga besar selain boleh ditukar menjadi tilam dan mempunyai ruang penyimpana­n tambahan.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Dolf Posthumus berkata, Courts komited menawarkan pelbagai pilihan bagi keperluan Aidilfitri.

“Sempena persiapan menyambut Aidilfitri, Courts menawarkan pelbagai pilihan kelengkapa­n termasuk perabot, barang elektronik, peralatan atau kelengkapa­n dapur dan aksesori digital.

“Semua produk ditawarkan dengan harga berpatutan dan diskaun istimewa.

“Kami menawarkan penyelesai­an kepada pelanggan dengan perkhidmat­an pembersiha­n bagi memastikan rumah rapi dan selesa untuk meraikan tetamu Aidilfitri,” katanya.

Potongan tunai hingga 80 peratus turut diberikan selain lambakan tawaran harga rendah bagi pelbagai jenis dan kategori produk di Courts.

Ia termasuk set perabot seperti set sofa tiga tempat duduk ADAM dan set ottoman serendah RM599, tilam dan kelengkapa­n elektrik.

Pembelian dengan FlexiCredi­t bakal mendapat tambahan 10 peratus (barangan IT dan digital) selain 15 peratus potongan harga (perabot dan kelengkapa­n elektrik).

Transaksi secara tunai bakal mendapat tawaran pembelian seterika stim dengan RM1 bagi pembelian melebihi RM1,000.

Sementara pembelian RM2,000 ke atas bakal menerima tawaran seterika stim serta periuk nasi dengan hanya RM2.

Pembeli hanya perlu bayar RM3 untuk tiga produk iaitu seterika stim, periuk nasi dan pengisar dengan pembelian melebihi RM3,000.

Pengunjung juga dapat membeli dengan tenang menerusi Courts Price Promise iaitu jaminan pengalaman membelibel­ah dengan mudah dan telus.

Bukan saja semua produk ditawarkan dengan jaminan harga terendah, tapi pelanggan juga layak mendapat pulangan semula untuk 30 hari dan pertukaran dengan pilihan untuk menikmati jaminan produk hingga 10 tahun.

Sempena Aidilfitri, Courts turut menjalin kerjasama eksklusif dengan Lazada Malaysia bagi memudahkan pelanggan mendapatka­n produk Courts menerusi ‘shopin-shop’ atas talian rasmi menerusi Lazada.

Terdapat 400 produk ditawarkan merangkumi perabot, perkakas rumah dan barangan elektrik.

Pelanggan dapat menikmati baucar eksklusif hingga RM200 untuk kategori terpilih dan jualan kilat bagi produk perkakas rumah terpilih.

Promosi berkenaan selari dengan kempen Riang Ria Raya Lazada yang diadakan sejak 19 Mei hingga 30 Jun 2017 dan untuk pembelian atau maklumat lanjut layari http://www.lazada.com. my/courts-official-store/ atau www.courts.com.my.

 ??  ?? ANTARA set sofa istimewa dihasilkan mengikut tempahan
pelanggan.
ANTARA set sofa istimewa dihasilkan mengikut tempahan pelanggan.
 ??  ?? SET sofa Aurora yang eksklusif.
SET sofa Aurora yang eksklusif.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia