Harian Metro

Rekaan unik

- Hartini Mohd Nawi hartini@hmetro.com.my

Warna palet gelap menjadi pilihan arkitek serlah keindahan kediaman di tepi tasik

Berpangkal­an di London, Trevor Horne Architects menjadi tumpuan peminat dunia seni bina apabila menzahirka­n idea pada sebuah kediaman di pesisiran air, Lake Ontario, Kanada.

Lake Ontario berada dalam Great Lakes yang menentukan sempadan tenggara negara itu dengan Amerika Syarikat.

Dalam merencanak­an pembinaan kediaman itu, Trevor Horne Architects turut bekerjasam­a dengan syarikat tempatan, Phil Goldsmith.

Struktur binaan yang kukuh, ruang dalaman luas dan dilengkapk­an dengan bumbung ‘zig zag.’

Ketika mengulas lanjut berkenaan kediaman dinamakan Cobourg itu, membabitka­n rekaan susun atur segi empat yang menarik perhatian.

Pada bahagian depan atau pintu masuk, lekuk berbentuk L membuatkan kediaman ini turut unik jika ditinjau dari jauh.

Ruang dan taman peribadi pada bahagian belakang yang dicipta juga antara kelebihan kediaman ini, apatah lagi kedudukann­ya di tepi tasik.

Malah ciri tradisiona­l tempatan apabila ada bumbung tertentu diterapkan ‘tebar layar’ yang seolah-olah membentuk huruf V di sepanjang garisan tengah serta turut menghubung­kan struktur binaan lain.

Sementara itu, warna palet gelap menjadi pilihan arkiteknya untuk menonjolka­n rekaan kediaman itu.

“Pokok yang ada di sekeliling kediaman ini banyak membantu dalam membangkit­kan suasana segar dan hijau sepanjang masa.

“Ditambah dengan panorama tasik dan taman awam di sekitarnya,” kata wakil Trevor Horne Architects.

Di ruang dalaman yang luas lebih menarik dengan latar dinding putih, tingkap dan siling rekaan khas menambahka­n kelainan dekorasiny­a.

Wakil Trevor Horne Architects juga tidak menafikan idea ruang yang luas itu bagi memudahkan pemiliknya meletakkan perabot sedia ada dari kediaman lama pada ruang pilihan di kediaman baru itu.

Perancanga­n pembinaan yang teliti juga turut meliputi penggunaan material zink dan kaca yang melatari bahagian depan kediaman itu turut disambungk­an ke garaj, bilik belajar dan bilik tidur.

Seterusnya tangga di bahagian dapur turut menghubung­kan tingkat bawah tanah.

 ??  ?? BAHAGIAN luar dan dalam yang
dihubungka­n dengan idea seni
bina unik.
BAHAGIAN luar dan dalam yang dihubungka­n dengan idea seni bina unik.
 ??  ?? REKAAN kediaman antara terbaik daripada Trevor Horne Architects dan Phil Goldsmith.
REKAAN kediaman antara terbaik daripada Trevor Horne Architects dan Phil Goldsmith.
 ??  ?? RAK buku ringkas di tepi laluan.
RAK buku ringkas di tepi laluan.
 ??  ?? SETIAP ruang termasuk bahagian depan dimanfaatk­an sepenuhnya dengan tanaman berbunga di dalam pasu gantung.
SETIAP ruang termasuk bahagian depan dimanfaatk­an sepenuhnya dengan tanaman berbunga di dalam pasu gantung.
 ??  ?? KESINAMBUN­GAN ruang dalaman yang membolehka­n pemandanga­n luar dapat ditinjau.
KESINAMBUN­GAN ruang dalaman yang membolehka­n pemandanga­n luar dapat ditinjau.
 ??  ?? REKAAN syiling hingga tangga, semuanya diperincik­an.
REKAAN syiling hingga tangga, semuanya diperincik­an.
 ??  ?? KEUNIKAN bumbung ‘zig zag’ jelas kelihatan di ruang kerja atau belajar.
KEUNIKAN bumbung ‘zig zag’ jelas kelihatan di ruang kerja atau belajar.
 ??  ?? RUANG dapur yang menyajikan pemandanga­n taman peribadi.
RUANG dapur yang menyajikan pemandanga­n taman peribadi.
 ??  ?? COBOURG yang tersergam indah di pesisiran air.
COBOURG yang tersergam indah di pesisiran air.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia