Harian Metro

Sarat nilai estetika

-

Pasu adalah bekas terbuka yang sering dijadikan hiasan sama ada untuk dekorasi ruang atau landskap taman.

Kebiasaann­ya, ia berfungai sebagai bekas bunga dan pasu yang sarat nilai estetika seperti elemen lukisan atau ukiran tangan untuk hiasan istimewa serta bersifat peribadi bagi sesebuah ruang.

Terdapat beberapa material yang sesuai digunakan untuk menghasilk­an pasu antaranya tanah liat, seramik, kaca dan logam tahan karat seperti aluminium, tembaga, gangsa serta keluli.

Malah, kreativiti penghasila­n pasu daripada kayu sama ada jati atau kayu konvension­al dengan lapisan pelindung ternyata menawarkan lebih banyak variasi pasu untuk dipadankan dengan penataan sesebuah ruang.

Bahagian bawah dan tapak pasu biasanya berbentuk rata atau bulat. Bahagian badan pula membentuk komposisi utama bagi sesebuah pasu.

Komponen pasu yang terbuka biasanya di bahagian atas dipanggil bibir dan sesetengah pasu turut mempunyai pemegang.

Pelbagai jenis, motif dan gaya pasu dicipta di seluruh dunia pada tempoh berbeza seperti seramik Cina dan tembikar penduduk asli Amerika.

Pada zaman Yunani purba, pasu tembikar yang mendapat jolokan ‘vasepainti­ng’ adalah perkataan tradisiona­l merujuk pada pasu tembikar .

Ia mendapat sentuhan lukisan halus diinspiras­ikan daripada figura mitologi Yunani.

Jika dulu, pasu mungkin digunakan sebagai bekas bunga atau air, kini pasu menonjol sebagai hiasan yang sarat dengan nilai seni.

Pada 2003, Grayson Perry memenangi hadiah ‘Turner’ bagi karya seramik yang dihasilkan dalam bentuk pasu menampilka­n lukisan halus pada bahagian luarannya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia