Harian Metro

Gazebo penyeri laman rumah

- Kamariah Samir dan Ayshah Mohd Jamaludin am@hmetro.com.my

Pasti ramai menyimpan impian memiliki kediaman dalam suasana indah dengan keunikan penataan taman.

Lantaran itu, gazebo yang turut dikenali sebagai wakaf dilihat mempunyai peminatnya tersendiri berikutan kaya dengan warisan seni kayu tradisiona­l.

Pemilik Senawang

Home Decor, Lokman Atan, 47, berkata, tujuan gazebo dibina bagi menimbulka­n nilai estetika di sesebuah laman kediaman.

Beliau yang sudah 12 tahun berkecimpu­ng dalam bidang pembuatan gazebo berkata, meskipun harga sebuah gazebo itu mahal, namun permintaan­nya tetap ada dan terus meningkat.

“Ada yang sanggup melaburkan puluhan ribu ringgit untuk mendapatka­n gazebo impian mereka.

“Ia berbaloi kerana gazebo juga berfungsi sebagai aksesori yang menyerikan laman rumah selain menjadi tempat bersantai dan beristirah­at,” katanya.

Menurut Lokman lagi, sumber kayu digunakan dalam penghasila­n gazebo diperoleh di beberapa rumah kampung terbiar dan ditinggalk­an selain dibeli daripada pemborong tempatan.

“Kayu jenis cengal, merbau dan resak antara cukup lasak dan tahan lama untuk digunakan dalam pembuatan gazebo.

“Kita tahu tiang dan lantainya mudah terdedah kepada air hujan dan udara.

“Penelitian jenis kayu sangat penting bagi mengekalka­n kualiti dan ketahanan gazebo sehingga bertahun-tahun lamanya,” katanya.

Selain itu, menurut Lokman, beberapa model gazebo ditunjukka­n terlebih dulu kepada pelanggan sebelum proses pertukanga­n gazebo dijalankan di bengkelnya yang terletak di Taman Komersial Senawang, Negeri Sembilan.

“Sebaik siap, kami menghantar­nya ke rumah pelanggan dan membuat pemasangan.

“Kami juga turut menyediaka­n perkhidmat­an pemasangan dan pendawaian elektrik pada gazebo mengikut permintaan pelanggan,” katanya.

Katanya, untuk menyiapkan sesebuah gazebo mengambil masa lima hari, namun tempoh itu turut dipengaruh­i jenis dan bentuk gazebo ditempah pelanggan.

Bagi anda yang mahu menerapkan eleman seperti flora dan fauna pada tiang atau panel dinding, ia memerlukan tambahan masa berikutan ukiran itu agak rumit dan mencabar.

Bapa kepada lima anak itu berkata, pembuatan gazebo bukan sekadar memartabat­kan bangsa, malah dapat mendatangk­an impak terhadap pembanguna­n ekonomi setempat.

“Bukan setakat orang tempatan, malah permintaan gazebo juga datang dari luar kawasan seperti Kuala Lumpur dan Melaka,” katanya.

Sementara itu, salah seorang pelanggan Senawang Home Decor, Mohd Hisham Atan, 47, berkata, pembinaan gazebo di laman rumah membawa suasana kampung ke rumahnya.

“Sebelum proses pemasangan dilakukan, saya diberi gambaran awal dan kedudukan gazebo di laman rumah melalui gambar berbentuk 3D.

“Di sini, kami sekeluarga dapat meluangkan masa bersantai dan berehat,” katanya.

Mohd Hisham berkata, beliau membelanja­kan ribuan ringgit untuk membina gazebo di laman rumahnya.

 ??  ?? GAZEBO dihasilkan mengikut kesesuaian dan luas ruang taman.
GAZEBO dihasilkan mengikut kesesuaian dan luas ruang taman.
 ?? FOTO: ?? PENERAPAN elemen flora yang diukir pada panel dinding.
FOTO: PENERAPAN elemen flora yang diukir pada panel dinding.
 ??  ?? MOTIF dihasilkan mengikut permintaan pelanggan.
MOTIF dihasilkan mengikut permintaan pelanggan.
 ??  ?? KERJA penghasila­n panel dinding gazebo yang dilakukan penuh teliti.
KERJA penghasila­n panel dinding gazebo yang dilakukan penuh teliti.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia