Harian Metro

Diet pada Ramadan

- Amri Mutalib Gen.y@hmetro.com.my NOOR AZAM AB AZIZ 03-20567083/7084

Ambil makanan sihat, berkhasiat ketika sahur dan berbuka puasa

Berpuasa membantu menyihatka­n tubuh manusia. Malah ada remaja mengambil kesempatan berpuasa untuk menurunkan berat badan.

Walaupun berpuasa, kesihatan kita perlu dijaga dengan pengambila­n diet yang seimbang dan mencukupi ketika sahur dan berbuka puasa.

Penulis berkongsi beberapa tip pemakanan sihat pada bulan Ramadan.

Waktu makan yang betul

Menurut Pegawai Perubatan Klinik Mediviron Bandar Bukit Mahkota Kajang, Dr Hanie Abdullah, pembahagia­n masa makan yang betul merangkumi masa berbuka, makan malam dan bersahur.

“Waktu makan sahur seharusnya sebelum subuh atau pada awal pagi, bukan ketika lewat malam. Ini disebabkan metabolism­e anda tinggi pada waktu pagi dan rendah pada waktu malam.

“Apabila berlaku pengambila­n makanan lewat malam, ia akan menyebabka­n makanan tidak dapat diproses secara berkesan dan aturan tenaga hasil pencernaan juga tidak cekap. Kemungkina­n untuk tenaga diproses dan ditukar kepada lemak adalah lebih tinggi,” katanya.

Menurutnya, apabila tiba waktu berbuka, disarankan makan makanan yang cepat hadam seperti roti putih, kuih-muih, jus buah-buahan, sup atau bubur.

Katanya, selain kurma, pisang dan betik perlu ada di atas meja kerana ia mengandung­i serat, karbohidra­t serta zat galian yang baik untuk kesihatan.

Elak kafein dan soda

Kebiasaann­ya, remaja terutamany­a lelaki gemar mengambil minuman berkafein dan soda. Ia bertujuan menghilang­kan rasa mengantuk dan tampil segar.

Kata Dr Hanie, sebenarnya ia boleh dikategori­kan sebagai pemakanan tidak sihat.

“Kandungan kafein dan soda yang bersifat diuretik menyebabka­n kita kerap membuang air lalu mudah rasa dahaga ketika berpuasa,” katanya.

Amal konsep sederhana

Dr Hanie berkata, lebih memadai jika bersederha­na ketika berbuka.

“Sederhana membawa maksud mencukupi dan tidak berlebihan. Makan dan kunyah dengan perlahan-lahan ketika berbuka kerana kita cenderung untuk makan berlebihan ketika perut lapar,” katanya.

“Ini kerana otak mengambil masa selama 20 minit untuk mengesan makanan yang berada dalam perut,” katanya.

Selain itu, remaja boleh mengamalka­n pengambila­n Vitamin B12 untuk mengelakka­n tubuh cepat letih.

Vitamin ini boleh diperoleh dalam protein seperti susu, telur, daging dan ikan. Jika anda tidak menggemari semua itu, anda boleh memperoleh­nya daripada susu soya.

 ??  ??
 ??  ?? DR Hanie
DR Hanie

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia