Harian Metro

Lipatan gaya klasik 60-an

- Intan Mas Ayu Shahimi imas@hmetro.com.my

Sejak mula bertapak dalam dunia rekaan fesyen pada awal 2012, label Hasfitri Yusof Kuala Lumpur (HYKL) kerap mewarnai pentas majlis anugerah berprestij negara. Tidak kira sama ada gaun, busana moden, klasik atau Muslimah, rekaan pereka muda ini kerap menjadi pilihan golongan atasan, kerabat hinggalah selebriti popular seperti Datuk Siti Nurhaliza, Datin Alyah, Stacy, Anzalna Nasir, Shila Amzah dan Amira Rosli.

Mementaska­n rekaan pertamanya pada Minggu Fesyen Antarabang­sa Malaysia (MIFW) dan INTRADE di bawah Persatuan

Pereka Bumiputera

(BDA), tahun ini genap lima tahun Hasfitri Yusof memeriahka­n industri rekaan fesyen tanah air.

Cukup seronok berbicara mengenai koleksi rekaan terbarunya, Hasfitri Yusof Demi Couture 2017. Koleksi ini ditawarkan sepanjang 2017 sebagai simbolik ulang tahun kelimanya dalam industri.

Malah untuk lebaran ini, Hasfitri sempat mementaska­n idea dan hasil rekaan AidulFit Demi Couture 2017 sempena Pameran Gaya Hidup Islamik Antarabang­sa Malaysia (MILE) 2017 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur awal April lalu. Bagi pakaian sedia dipakai (RTW), Hasfitri turut memperkena­lkan jenama Camelia Creations di bawah HYKL untuk penggemar setia rekaannya.

AIDULFIT DEMI COUTURE 2017

Menurut Hasfitri, rekaan ditempah dalam koleksi ini mempamerka­n ciri mewah dengan kain bercorak. Ia dipadankan dengan kerongsang besar bertatahka­n batu swarovski, mutiara dan permata. Sementara bulu burung unta pula disesuaika­n untuk gaya mewah dan segar sepanjang zaman.

“Rekaan ini dibuat mengikut ukuran badan, namun agak longgar, selesa dan praktikal. Bagi rekaan RTW pula, saya bawakan rekaan selesa, longgar, menggunaka­n fabrik sejuk serta bersesuaia­n dengan suasana hari raya. Ia menampilka­n perincian permata dan bunga kamelia sebagai motif rekaan.

“Menariknya, setiap rekaan dipadankan dengan sepatu Annay Husin dan beg genggam mengkuang daripada Tas_ KL,” katanya yang akan membawa rekaan edisi terhad RTW Raya 2017 di bawah label Camelia ke pasaran Melbourne dan Perth, Australia.

Katanya, keduadua koleksi berkenaan diinspiras­ikan daripada gaya klasik sekitar era 60-an dan 70-an. Rekaannya longgar tetapi beralun dan mewah. Jika diperhatik­an, fabrik yang bercorak dipadankan dengan rekaan dan potongan ringkas. Ini bagi menyerlahk­an lagi motif dalam rekaan Aidulfit 2017.

“Sebenarnya, koleksi raya Aidulfit ini adalah kesinambun­gan daripada koleksi Demi Couture Hasfitri Yusof 2017 yang dipentaska­n di Indonesia pada Mac lalu. Sementara rekaan keseluruha­n bagi tahun ini pula menggabung­kan elemen gaya hidup mewah di kota raya Kuala Lumpur yang diselitkan unsur semula jadi sekeliling bandar raya metropolit­an ini.

“Koleksi raya bagaimanap­un agak berbeza dengan kebanyakan pereka lain dari segi corak fabrik dan perincian batu yang dihasilkan. Tanda pengenalan raya kali ini adalah kerongsang besar yang digayakan pada setiap helaian busana dan ikatan reben,” katanya.

MERIAH DI AIDILFITRI

Ketika ini warna pastel dan warna bumi menjadi pilihan untuk digayakan pada lebaran. Namun begitu, ada juga yang suka memilih warna selamat seperti hitam untuk menampakka­n bentuk tubuh lebih kurus.

“Kita boleh lihat potongan longgar menjadi pilihan ramai kerana selesa dan praktikal untuk berkunjung dari rumah ke rumah sambil mencuba pelbagai hidangan enak disediakan.

“Justeru, fabrik bercorak dipilih untuk menampilka­n kelainan, apatah lagi di Malaysia terlalu banyak rekaan yang menggunaka­n fabrik sifon. Bagi saya, apabila menyebut saja Aidilfitri, sudah pasti terbayang suasana meriah dan ceria. Jadi, corak dan warna mewah dipilih untuk menyempurn­akan koleksi tahun ini,” katanya.

Jelas Hasfitri, sebagai pereka, dia harus bijak menghasilk­an sesuatu rekaan berdasarka­n budaya masyarakat, cuaca dan persekitar­an di Malaysia. Walaupun rekaan dihasilkan mengambil inspirasi daripada pereka antarabang­sa, ia haruslah diadaptasi mengikut persekitar­an Malaysia.

“Bagi koleksi tahun ini umpamanya, saya banyak bermain dengan fabrik sutera dan sifon bercorak. Saya juga menggunaka­n renda untuk menyerlahk­an rekaan, khususnya menggunaka­n fabrik sifon.

“Untuk koleksi ditempah, saya tidak banyak memfokuska­n kepada teknik lipatan kerana menggunaka­n fabrik bercorak. Jadi, fokusnya lebih terarah kepada perincian batu swarovski dan permata. Bagaimanap­un, rekaan RTW menampilka­n teknik lipatan gaya klasik era 60-an. Koleksi ini juga dihasilkan dengan elemen ringkas, tetapi bergaya, sesuai dengan harga yang ditawarkan,” katanya.

Koleksi RTW Camelia Creations mula dijual secara dalam talian dan di gerai jualan Aidilfitri di Sunway Putra Mall dengan harga bermula RM250 sehingga RM380 sepasang.

 ??  ?? KOLEKSI Aidulfit 2017
KOLEKSI Aidulfit 2017
 ??  ?? Koleksi raya bagaimanap­un agak berbeza
dengan kebanyakan pereka lain dari segi corak fabrik dan perincian batu yang dihasilkan
Koleksi raya bagaimanap­un agak berbeza dengan kebanyakan pereka lain dari segi corak fabrik dan perincian batu yang dihasilkan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia