Harian Metro

Rekaan moden serlah gaya si pemakai

- Intan Mas Ayu Shahimi imas@hmetro.com.my

Selepas lebih setahun pelakon jelita Anzalna

Nasir mendirikan rumah tangga, masih ramai yang termimpi-mimpikan gaun pengantin yang digayakan pada hari bersejarah selebriti berkenaan.

Ternyata gaun rekaaan

Cosry itu meninggalk­an impak besar sehingga ramai menjadikan­nya sebagai penanda aras dalam seni rekaan fesyen tahun ini.

Masih segar dalam ingatan bagaimana gaun pengantin Anzalna yang berwarnawa­rni dengan motif kelopak daun serta bunga besar itu mencuri tumpuan ramai wanita tempatan dan luar negara. Rekaan Pengarah Kreatif House of Cosry,

Putra Aziz itu diilhamkan daripada patung Barbie Mariposa menggunaka­n tiga lapisan fabrik sutera organza berwarna putih dan merah jambu.

Taburan batu permata swarovski bersama batuan lain mendapat pujian luar biasa. Malah kini, walaupun detik bersejarah itu sudah berlalu, namun masih ramai yang tercari-cari fesyen kreatif yang mengambil inspirasi sama untuk digayakan.

Menurut Putra Aziz, Mariposa adalah bahasa Sepanyol yang bermaksud rama-rama. Lantaran itu, sebagaiman­a indahnya rama-rama berterbang­an dengan sayap bercorak, begitulah pesona yang ditinggalk­an gaun pengantin Anzalna kepada pencinta fesyen dan wanita.

“Meskipun rekaan ini eksklusif, namun saya berbesar hati menunaikan keinginan ramai wanita, khususnya pelanggan setia Mariposa lebih kepada ‘cape concept’ menggunaka­n material georget dan sifon. Untuk koleksi kali ini, saya bawakan rekaan tropika dalam tiga rona iaitu hijau, biru dan ‘dusty pink’.

“Saya juga memilih fabrik yang lembut, sejuk dan selesa untuk digayakan sepanjang hari. Ia diimport dari luar negara kerana saya tidak mahu berkomprom­i dengan kualiti,” katanya selepas pelancaran koleksi Mariposa dan Primadona Raya by Glamora di

Blackbox Publika. Pada majlis itu, House of Cosry menampilka­n 27 koleksi raya sedia dipakai (RTW) pada harga mampu milik.

Kata Putra Aziz, keseluruha­n koleksi raya House of Cosry kali ini menampilka­n rekaan moden, namun masih menyerlahk­an gaya dan cita rasa si pemakai.

“Menariknya, bahagian atas busana boleh disuai padan dengan seluar, palazo atau skirt, mengikut kreativiti masingmasi­ng. Kita tidak mahu mengehadka­n gaya si pemakai dalam berfesyen,” katanya.

SHERA LEE

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia