Harian Metro

Koleksi unik Eid 2017

- Intan Mas Ayu Shahimi imas@hmetro.com.my

Busana sesuai digayakan pada Aidilfitri juga untuk ke pejabat

Selepas menyemarak­kan pentas fesyen antarabang­sa dengan koleksi busana

Sofearose x Yusof Ghani

Segerak di Asia House,

London, April lalu, Sofearose memperkena­lkan pula koleksi unik Eid 2017.

Mengambil elemen Art to Wear yang kini diangkat menjadi identiti Sofearose, koleksi Eid 2017 bukan saja sesuai digayakan sempena lebaran, malah boleh dicampur padan dengan seluar atau palazo untuk dipakai ke pejabat.

Pengarah Urusannya, Muhammad Zaki Yusof berkata, pihaknya optimis untuk meneruskan kolaborasi dengan pelukis tanah air, Yusof Ghani berikutan potensi karya dan bakatnya dalam merancakka­n industri fesyen tempatan.

“Kita mencipta ledakan besar dalam industri fesyen, April lalu di pentas prestij, Asia House, New Cavendish Street. Sebanyak 10 persalinan Art to Wear berkonsepk­an ‘modest trendy’ dipertaruh­kan.

“Sesuai dengan slogan

Urban Modest Fashion yang diketengah­kan, saya yakin kolaborasi ini membawa satu dimensi baru dalam industri fesyen yang semakin mahukan kelainan, selain membawa nama fesyen Muslimah ke persada yang lebih tinggi setara fesyen konservati­f di dunia,” katanya.

Jelasnya, pihaknya bukan saja mengagumi bakat seni Yusof Ghani, malah yakin dengan karya Segerak yang dihasilkan.

“Saya percaya, sudah tiba masanya kita menyuntik elemen lukisan tempatan dalam elemen fesyen

Muslimah tanpa sedikitpun menyentuh ketegasan dan keperibadi­an fesyen itu sendiri,” katanya.

Lebaran ini, Sofearose membuai perasaan pengikut fesyen tanah air dengan hasil rekaan dan ilham pemilik serta perekanya, Farrah Aina. Tambah menarik, jenama itu juga mengumumka­n kolaborasi bersama pereka jenama aksesori Jepun, Tomoko Hakata menerusi SR x HAI (Hakata Internatio­nal Accessorie­s) membabitka­n pengeluara­n hijab dan aksesori buatan tangan.

Ia adalah kolaborasi dua negara yang pertama bagi Tomoko Hakataini dengan idea berkonsepk­an semula jadi.

 ??  ??
 ??  ?? MUHAMMAD Zaki dan Farrah Aina
bersama Tomoko Hakata.
MUHAMMAD Zaki dan Farrah Aina bersama Tomoko Hakata.
 ??  ?? KOLEKSI
Eid 2017 Sofearose x Yusof Ghani.
KOLEKSI Eid 2017 Sofearose x Yusof Ghani.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia