Harian Metro

Bijirin sesuai bersahur

- Zaitie Satibi zaisa@hmetro.com.my

Baik untuk bagi warga emas dan kanak-kanak kerana tekstur lembut mudah dikunyah

Segelintir mereka yang berpuasa sering tiada kesempatan menyediaka­n juadah sahur akibat gaya hidup sibuk dan hanya mengambil makanan segera. Pastinya makanan itu tidak cukup berkhasiat untuk bertahan sepanjang tempoh menahan lapar dan dahaga.

Bagi mereka yang tidak sempat memasak juadah lengkap untuk bersahur, disarankan mengambil makanan pelbagai bijirin kerana ia kaya dengan serat yang berperanan penting untuk menjaga tubuh supaya kekal bertenaga.

Makanan yang tinggi serat lambat dicerna dan membantu perut berasa kenyang untuk tempoh lebih lama serta membantu mengekalka­n paras glukosa darah yang stabil. Selain itu, makanan yang banyak serat membantu melancarka­n penghadama­n dalam tubuh meskipun pola makan berubah ketika puasa.

Perunding makanan, Muhammad Naim Ramli berkata, setiap orang yang ingin berpuasa mesti bersahur agar tubuh mendapat tenaga yang diperlukan sepanjang hari kerana bersahur boleh dianggap seperti bersarapan.

“Jika tidak mempunyai masa masak hidangan berat untuk bersahur, gantikan hidangan yang memerlukan penyediaan ringkas seperti makanan pelbagai bijirin boleh dimakan begitu saja atau bersama susu dan buah-buahan.

“Makanan pelbagai bijirin juga sesuai diambil warga emas dan kanak-kanak ketika bersahur kerana teksturnya yang mudah dikunyah,” katanya ditemui selepas peraduan peringkat akhir Empayar Sajian Nestum anjuran Nestle, barubaru ini.

Muhammad Naim atau lebih dikenali sebagai Chef Naem berkata, kesihatan seseorang bergantung pada makanan diambil yang bukan saja sekadar mengenyang­kan, malah kandungan dalam hidangan juga mampu menyokong keperluan nutrisi tubuh.

“Jangan abaikan pengambila­n makanan berkhasiat terutama warga emas dan kanak-kanak yang berpuasa. Ia penting untuk mereka terus mendapat khasiat diperlukan dan sebagai bekalan tenaga sehingga tiba waktu berbuka.

“Nestum kaya dengan pelbagai bijirin seperti gandum penuh, jagung dan beras serta penuh dengan pelbagai vitamin dan mineral sesuai untuk mereka yang memerlukan hidangan ringkas serta pantas sebagai sarapan atau bersahur,” katanya.

 ??  ?? NAIM MAKANAN berasaskan Nestum yang kaya dengan serat daripada pelbagai bijirin.
NAIM MAKANAN berasaskan Nestum yang kaya dengan serat daripada pelbagai bijirin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia