Harian Metro

Kawal berat perlukan pelan pemakanan

-

Sekadar berpuasa tanpa amalan gaya hidup sihat termasuk pelan pemakanan yang bagus tidak membantu kawal berat badan. Kebanyakan kita mengetepik­an amalan makan secara sihat semata-mata kerana mahu memenuhi nafsu makan sewaktu berbuka kerana ketika lapar, kita cenderung mengambil makanan dalam kuantiti yang banyak.

Akibat mengamalka­n pola pemakanan tidak seimbang, kenaikan berat badan mungkin berlaku dalam Ramadan. Makan berlebihan menyebabka­n kita mengumpul lemak viseral di sekitar abdomen dan organ dalaman seperti hati, pankreas serta usus.

Pengumpula­n lemak viseral berlebihan meningkatk­an risiko menghidap penyakit seperti diabetes dan sakit jantung. Tanda-tanda pengumpula­n lemak berbahaya ini dapat dilihat menerusi perut yang buncit dan ukuran pinggang yang besar. Bentuk badan tidak ideal sebegini mengganggu penampilan dan menyebabka­n kurang keyakinan diri.

Sehubungan itu, Perunding Pakar Bedah Plastik, Rekonstruk­tif dan Estetik Pusat Pakar Swasta UiTM (UiTMPSC), Dr Wan Syazli Rodzaian Wan Ahmad Kamal, memberi lima tip kesihatan untuk diamalkan ketika berpuasa bagi pengurusan berat badan yang sihat.

Beliau berkata, mereka yang berpuasa mesti mengawal pengambila­n makanan tinggi kalori, kandungan gula tinggi dan berlemak berikutan banyak terdapat pilihan juadah berbuka puasa yang mungkin diambil.

“Pengambila­n makanan mengandung­i lemak trans seperti dalam makanan proses berisiko menjejaska­n kesihatan yang sedia ada kerana lemak ini mengurangk­an aras kolesterol baik dan meningkatk­an aras kolesterol jahat.

“Selain makanan, kita juga mesti mengamalka­n tabiat minum yang baik. Adalah penting untuk minum banyak air dalam tempoh berbuka puasa sehingga waktu sahur bagi mengelak dehidrasi. Kurangkan minum air manis ketika berbuka, sebaliknya minum teh hijau atau kopi yang kaya bahan antioksida­n,” katanya.

Dr Wan Syazli Rodzaian berkata, berpuasa juga tidak boleh dijadikan alasan untuk tidak aktif, sebaliknya boleh melakukan aktiviti fizikal secara sederhana seperti regangan dan berjalan kaki ataupun membersihk­an halaman sebagai satu cara pengurusan berat badan efektif.

“Amalkan pola tidur yang teratur setiap malam bagi membolehka­n tubuh mendapat rehat yang cukup dan untuk membaik pulih sistem badan supaya dapat berfungsi dengan baik serta membantu anda untuk kekal sihat. Tidur yang cukup dapat membantu cegah pengumpula­n lemak viseral.

“Elakkan tabiat merokok dan kurangkan tekanan dalam menjalani gaya hidup yang sihat. Banyak kesan jangka panjang tabiat tidak sihat kepada tubuh seperti penyakit kronik dan menjejaska­n penampilan apabila kulit tidak cantik,” katanya.

 ??  ?? DR Wan Syazli Rodzaian
DR Wan Syazli Rodzaian

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia