Harian Metro

MATI KATAK

- Am@hmetro.com.my

Komander Batalion Ansar al-Shariah, cabang utama Kumpulan Abu Sayyaf, Dr Mahmud Ahmad, 39, cedera manakala dua rakan seperjuang­annya dari Malaysia, Dr Kamsa Yahya dari Kedah dan Abdurahman Asmawi dari Kelantan, terbunuh dalam pertempura­n dengan tentera Filipina di Marawi, Mindanao, pagi semalam. Isteri Dr Mahmud, yang juga seorang warga Filipina serta lima anggota tentera turut terbunuh dalam kejadian berbalas tembak itu.

Kuala Lumpur

Komander Batalion Ansar al-Shariah, cabang utama Kumpulan Abu Sayyaf, Dr Mahmud Ahmad, 39, yang juga rakyat Malaysia, cedera manakala isteri ketiganya, warga Filipina maut bersama dua lagi rakyat Malaysia selepas berbalas tembak dengan pasukan tentera Filipina dalam pertempura­n sengit di sebuah pangsapuri di bandar Marawi, Mindanao, pagi semalam.

Dua rakyat Malaysia yang turut terbunuh dikenali sebagai Dr Kamsa Yahya dari Kedah dan Abdurahman Asmawi dari Kelantan manakala tiga lagi yang maut adalah warga asing.

Seramai lima tentera Filipina turut maut dalam kejadian itu.

Menurut sumber, ketika kejadian mereka berada di pangsapuri berkenaan yang memang sudah dikuasai Batalion Ansar al-Shariah.

Katanya, isteri ketiga Dr Mahmud yang sedang sarat mengandung maut serta-merta selepas terkena tembakan.

“Isteri pertama Dr Mahmud adalah warga Malaysia, (isteri) kedua warga selatan Thailand. Ketika menjadi pelarian ke selatan Filipina sejak 22 April 2014, setahun selepas menjadi militan Daish, Dr Mahmud berkahwin buat kali ketiga dengan seorang wanita warga tempatan yang memeluk Islam.

“Wanita terbabit berusia lewat 20-an. Dia dilaporkan sedang mengandung anak pertama mereka,” katanya.

Dr Mahmud turut cedera dalam pertempura­n itu namun tidak dapat disahkan sejauh mana kecederaan dialaminya.

Difahamkan, Dr Mahmud melarikan diri ke selatan Filipina bersama pembantu kedai buku di Universiti Malaya (UM) Mohamad Joraimee Awang Raimee apabila diburu pihak berkuasa Malaysia sebelum mereka menyertai gerakan militan Daish di negara itu.

Setakat ini, pihak berkuasa Malaysia mengesahka­n dua rakyatnya maut dalam pertempura­n itu namun masih menunggu pengesahan rasmi daripada pihak berkuasa Filipina.

Ini kerana sebelum ini ada laporan mengatakan militan yang terbunuh adalah rakyat Malaysia, tetapi selepas pengesahan diperoleh, ia sebaliknya.

Dalam perkembang­an berkaitan, penduduk tempatan yang mahu dikenali sebagai Halim, 52, berkata, kira-kira 300 banduan yang dibebaskan kumpulan Maute yang juga cabang Kumpulan Abu Sayaf dan Batalion Ansar al-Shariah kini berjuang bersama mereka.

“Anggota kumpulan Maute yang sebelum ini memberi perlindung­an kepada ketua Daish Filipina Isnilon Hapilon bertindak membebaska­n banduan selepas mereka berjaya menawan bandar itu.

“Ratusan banduan yang dibebaskan kini bersama mereka dan memerangi pihak tentera,” katanya.

Untuk rekod, pertempura­n mula meletus Selasa lalu di kawasan dihuni 99 peratus Muslim itu selepas militan kumpulan Maute menawan bandar Marawi.

Operasi tentera Filipina

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia