Harian Metro

LELAKI TERTEMBAK ANAK SENDIRI

- Junaidi Ladjana dan Amniera Naziera Amran hmkk@hmetro.com.my

 Budak empat tahun parah di dada, bahu dan pipi

“Saya berharap anak saya (Frendly) selamat,” kata Raimah Andiar, 41, ibu kepada kanak-kanak lelaki yang parah dipercayai akibat terkena tembakan senjata buatan sendiri jenis bakakuk dilepaskan bapanya di sebuah rumah di Kampung Muhang, Kota Marudu, dekat sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 3.30 petang, mangsa, Frendly Jukiring, 4, parah di dada kiri, bahu kanan dan pipi kanan akibat terkena peluru jenis penabur dari bakakuk itu.

Mangsa kini menerima rawatan di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS) Likas, di sini.

Ketika kejadian, ibu kanak-kanak itu melihat Frendly yang juga anak kelima daripada enam beradik terkena tembakan yang dilepaskan suaminya.

Dia kemudian menghantar kanak-kanak itu ke Hospital Kota Marudu dengan dibantu oleh beberapa penduduk kampung.

Ketika ditemui di HWKKS Likas, semalam, Raimah pada mulanya tenang namun sebaik anaknya dimasukkan ke wad bedah di hospital itu, dia tiba-tiba menangis kesedihan mengenangk­an

nasib anaknya. “Frendly akan dibedah bagi mengeluark­an peluru pada muka dan dadanya,” katanya.

Sementara itu, kakak mangsa, Karsina Jukiring, 16, berkata, ketika kejadian adiknya sedang bermain di kawasan halaman rumah.

“Ketika kejadian, saya berada di sekolah dan dimaklumka­n oleh ibu sebelum segera pulang untuk menghantar adik ke Hospital Kota Marudu dengan dibantu penduduk kampung.

“Saya difahamkan ketika kejadian, Frendly sedang bermain di halaman rumah sebelum terkena tembakan yang dipercayai dilepaskan oleh bapa,” katanya.

Menurutnya, adiknya tidak sedarkan diri dengan keadaan wajah pucat lesu dan tidak bermaya.

“Ibu saya tidak berhenti menangis mengenangk­an kejadian itu kerana ia berlaku jelas di depan matanya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Marudu Superinten­dan Izaan Abdullah berkata, siasatan mendapati ketika kejadian suspek terlepas tembakan senjata api buatan sendiri jenis bakakuk dan terkena anaknya yang sedang bermain di halaman rumah.

Katanya, suspek berusia 40 tahun kini ditahan dan polis masih meneruskan siasatan berkenaan punca sebenar kejadian itu berlaku.

 ??  ??
 ??  ?? RAIMAH menangis mengenangk­an nasib anaknya.
RAIMAH menangis mengenangk­an nasib anaknya.
 ??  ?? KARSINKARS­INA
KARSINKARS­INA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia