Harian Metro

5 BAZAR POPULAR KL Jadi pilihan warga kota untuk beli pelbagai juadah berbuka puasa

- Muhammad Saufi Hassan saufi@hmetro.com.my

Sekurang-kurangnya lima bazar Ramadan di seluruh ibu kota menjadi lokasi tumpuan bagi orang awam bukan saja untuk mencari juadah berbuka puasa, tetapi membeli-belah sebagai persediaan menghadapi Aidilfitri.

Lima lokasi itu ialah Bazar Ramadan Masjid India, Lorong Tuanku Abdul Rahman, Masjid Jamek Kampung Baru, AU5 Keramat dan Desa Pandan yang dianggap lokasi paling popular dalam kalangan penduduk ibu kota.

Bagi yang ingin membuat persediaan Aidilfitri, sudah pasti tidak melepaskan peluang berkunjung ke Bazar Ramadan Masjid India dan Lorong Tuanku Abdul Rahman.

Dua lokasi itu terkenal sebagai syurga busana pakaian dengan pelbagai tawaran harga runtuh.

Bazar Ramadan AU5 Keramat dan Desa Pandan pula pasti tidak mengecewak­an.

Juadah Pak Ya Popia Power di Bazar Ramadan Desa Pandan dan Roti John Unan

di AU5 Keramat terkenal terutama ketika musim Ramadan.

Bazar Ramadan Masjid Jamek pula menawarkan juadah sotong sira, serunding daging kambing dan sambal ikan bilis.

Sementara itu, Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Peniaga dan Penjaja Kecil Wilayah Persekutua­n (1Malaysia) Datuk Rosli Sulaiman berkata, tapak Bazar Ramadan Masjid India dan Lorong Tuanku Abdul Rahman masih menjadi lokasi tarikan orang awam.

“Bagi dua lokasi itu, 372 lot perniagaan ditawarkan. Untuk Bazar Ramadan Lorong Tunku Abdul Rahman, sebanyak 150 lot disediakan manakala Jalan

Masjid India 222 lot.

“Daripada pecahan itu, 15 lot gerai makanan, perhiasan dan aksesori 82 lot manakala selebihnya lot penjualan pakaian.

“Bagi tahun ini, kami melihat ada penurunan lot perniagaan

di Jalan Masjid India kerana projek menaik taraf kawasan itu sedang dilaksanak­an,” katanya.

Rosli berkata, pelaksanaa­n projek menaik taraf itu memperliha­tkan penurunan tawaran lot bazar Ramadan namun lokasi itu masih menjadi tumpuan orang ramai.

Selain dua lokasi itu, beliau menganggar­kan 3,000 lot tapak perniagaan ditawarkan membabitka­n seluruh bazar Ramadan di ibu kota.

Kunjungi trak promosi Coca-Cola di bazar terpilih di Lembah Klang. Dengan segelas Coca-Cola sejuk yang menyegarka­n, ia melengkapk­an lagi juadah berbuka anda dan pastinya kesempatan berbuka bersama keluarga menjadi lebih istimewa lagi.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia