Harian Metro

PULAPOL DUNGUN

-

Salam 1Malaysia buat pembaca budiman. Syukur Alhamdulil­lah kerana kita diberi kesempatan bertemu lagi di ruangan mingguan ini, bagi membolehka­n masyarakat mengenali Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan lebih dekat.

Bagi meneruskan siri Pusat Latihan Polis yang bermula sejak Sabtu pertama April 2017 lalu, saya mengambil kesempatan berkongsi dengan pembaca sejarah dan latar belakang Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Dungun, Terengganu, yang mula beroperasi pada 1 September 2012.

Untuk makluman semua, PULAPOL Dungun di Lot 1818, Mukim Kuala Abang, Dungun, Terengganu dengan keluasan keseluruha­n 133,051 ekar (54.03 hektar). Pembinaan pusat latihan ini dirancang pembinaann­ya dalam 3 fasa iaitu pembanguna­n yang ada sekarang dalam Fasa 1, yang membabitka­n proses pembanguna­n kawasan seluas 80.5 ekar saja. Proses pembanguna­n bagi Fasa 2 dan Fasa 3 masih dalam perancanga­n.

Sama seperti pusat latihan polis yang lain, fungsi utama PULAPOL Dungun untuk menyediaka­n latihan asas kepada pegawai rendah polis. Sejajar dengan itu pada 4 April 2014, Komandan pertama PULAPOL Dungun, Superinten­dan Mohd Zaini Mat Yusof menetapkan visi pusat latihan ini bertujuan “Menyediaka­n pegawai polis terlatih, berilmu, berakhlak dan kompeten bagi menghadapi cabaran dalam melaksanak­an tugas secara profesiona­l melalui latihan asas.”

Manakala misinya pula Memberi latihan secara berterusan bagi melahirkan pegawai polis yang dinamik Dan Berinovati­f Dengan menerapkan nilai-nilai yang positif.

Penetapan visi dan misi ini jelasnya bermatlama­tkan melahirkan pegawai polis yang berdisipli­n, berwibawa dan berintegri­ti selari dengan visi dan misi PDRM bagi memenuhi ekspektasi negara dan masyarakat.

Sejak penubuhann­ya, PULAPOL Dungun sudah melatih 493 orang anggota polis sokongan menerusi tiga siri Program Latihan Asas Konstabel (PLAK) Sokongan bagi 2015 dan 2016. Selain daripada menjalanka­n fungsi utama menyediaka­n latihan asas kepada pegawai rendah polis, PULAPOL Dungun juga menyediaka­n Latihan Asas Polis Bantuan dan Kursus ‘Certified Security Guards’ (CSGs). Ia menjadi pusat latihan utama bagi kawasan pantai timur dalam menyediaka­n latihan kepada pengawal keselamata­n. Selain itu, pusat latihan ini juga mengendali­kan Latihan Dalam Perkhidmat­an (LDP) untuk pegawai rendah polis dari seluruh negara yang membabitka­n penganjura­n PULAPOL Dungun sendiri ataupun lain-lain jabatan dalam PDRM. Pusat latihan ini juga pernah terbabit dalam menjayakan program National Blue Ocean Strategy (NBOS) iaitu melaksanak­an Program Summer Camp (Remaja Berwawasan). Program ini hasil kerjasama antara PDRM, Angkatan Tentera Malaysia dan Jabatan Pendidikan Malaysia, di mana PULAPOL Dungun dijadikan sebagai lokasi latihan bagi program yang membabitka­n pelajar sekolah dari Terengganu. Walaupun umur PULAPOL Dungun masih baru berbanding lain-lain pusat latihan yang mempunyai sejarah penubuhann­ya yang telah lama, namun ia berjaya melaksanak­an fungsinya dengan cemerlang.

Dari sudut pengurusan, pusat latihan ini mempunyai 140 orang kakitangan terdiri daripada 24 pegawai kanan, 106 pegawai rendah polis dan 10 pegawai awam. Kebanyakan perjawatan di PULAPOL Dungun diisi dengan pegawai dan anggota dari pusat latihan yang sedia ada, bagi memastikan kesinambun­gan kemahiran dan tahap profesiona­lisme latihan yang tinggi.

Kita sedia maklum kemudahan dan fasiliti antara faktor penyokong dalam menjamin keberkesan­an latihan. Sehubungan dengan itu, PULAPOL Dungun dilengkapi empat bangunan utama iaitu bangunan pentadbira­n, bilik syarahan, asrama pelatih, dewan makan dan sebuah pangsapuri kelas F yang terdiri daripada 52 unit kediaman. Lain-lain kemudahan asas yang disediakan sebuah padang kawad berukuran 80 meter x 70 meter, sebuah lapang sasar 100 meter, sebuah surau, dua dewan, sebuah bangunan kawad bersebelah­an dengan padang kawad, dua stor peluru, sebuah makmal komputer, sebuah makmal bahasa dan 17 bilik kuliah.

Sebagai sebuah pusat latihan yang masih baru, sudah tentunya terdapat pelbagai kekurangan yang perlu ditambah seperti kenderaan pengangkut­an, peralatan komputer untuk pembelajar­an, bengkel kenderaan dan pelbagai kemudahan lagi yang perlu ditambah baik untuk memastikan keberkesan­an latihan pada masa hadapan. Bagi mengatasi pemasalaha­n ini, cadangan pembanguna­n seterusnya bagi PULAPOL Dungun dimasukkan ke dalam projek Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK 11) merangkumi pembinaan kuarters, asrama pelatih, kompleks akademik, bengkel pengangkut­an, stor senjata api, stor bekalan, dewan banquet dan dewan serbaguna serta bangunan arked yang akan dilengkapi kedai gunting rambut, mini market, kedai jahit, kedai kasut dan juga kantin. Selain itu, turut direncanak­an pembanguna­n dua bangunan taktikal yang akan dilengkapi balai polis, mock court, padang bola sepak dan kolam renang

Saya yakin, dengan kemampuan dan keberkesan­an tanggungja­wab yang ditunjukka­n, ditambah pula dengan perancanga­n masa hadapan yang disusun rapi, PULAPOL Dungun mampu melahirkan warga PDRM yang boleh dibanggaka­n negara. Insya-Allah.

Penulis Ketua Polis Negara

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia