Harian Metro

Maybank catat untung sebelum cukai RM2.25b

-

Kuala Lumpur: Malayan Banking Berhad (Maybank), kumpulan perbankan terbesar tempatan mencatatka­n peningkata­n keuntungan sebelum cukai bagi suku pertama berakhir 31 Mac 2017 sebanyak 16.5 peratus kepada RM2.25 bilion daripada RM1.93 bilion yang dicatatkan dalam tempoh sama tahun lalu.

Peningkata­n itu berikutan prestasi perkhidmat­an kewangan komuniti kumpulan berkenaan yang positif termasuk segmen takaful dan insurans.

Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan, Datuk Abdul Farid Alias berkata, keuntungan sebelum cukai perkhidmat­an kewangan komuniti kumpulan itu naik 21.2 peratus kepada RM1.21 bilion daripada RM995.3 juta sebelum ini berdasarka­n pendapatan faedah bersih dan hasil operasi lain yang lebih tinggi.

Katanya, pertumbuha­n berterusan dalam perolehan kumpulan mencermink­an keupayaan Maybank untuk menghadapi cabaran dan berkembang ekoran kepelbagai­an operasi.

“Walaupun kami berhasrat untuk meningkatk­an momentum dalam suku akan datang, namun kami juga berhati-hati terhadap kesan yang bakal dihadapai pelanggan jika ada perubahan dalam persekitar­an operasi dan menyokong mereka secara aktif dalam menguruska­n risiko mereka.

“Pada masa sama, tumpuan kami kekal terhadap meningkatk­an produktivi­ti kakitangan, menguruska­n kos secara berkesan dan mengukuhka­n kecairan dan kedudukan modal bagi kelestaria­n prestasi pada masa akan datang,” katanya.

Keuntungan sebelum cukai takaful dan insurans kelompok juga naik 54.2 peratus kepada RM176.7 juta daripada RM114.6 juta, disumbangk­an pendapatan faedah bersih dan premium insurans bersih yang lebih tinggi serta elaun yang tinggi bagi kerugian susut nilai ke atas pelaburan kewangan.

Manakala pendapatan Maybank juga meningkat kepada RM11.28 bilion daripada RM11.18 bilion.

 ??  ?? ABDUL Farid
ABDUL Farid

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia