Harian Metro

TETAP WASPADA

Kedah tidak pandang rendah pesaing lain dalam harungi cabaran Piala Malaysia

- Muhaamad Hafis Nawawi mhafis@hmetro.com.my

Kedah tidak memandang rendah kemampuan pasukan lain dalam Kumpulan C saingan peringkat kumpulan Piala Malaysia selepas diramal mampu mengulangi kejayaan edisi lalu.

Skuad Lang Merah diundi bersama Melaka United, UiTM FC serta juara dua kali, Kelantan yang memberi laluan cerah buat pasukan itu untuk melangkah ke final Piala Malaysia.

Ketua pasukan Kedah Khairul Helmi Johari berkata, walaupun undian kumpulan dilihat memihak kepada mereka, namun tidak boleh memandang rendah pesaing lain kerana dalam padang apa saja boleh berlaku.

Menurutnya, walaupun Kedah berada pada kedudukan selesa untuk melangkah ke suku akhir Piala Malaysia kerana mendapat undian mudah mereka tetap perlu berwaspada.

“Saya berharap kami dapat terus mengekalka­n momentum dan membawa piala itu pulang ke Kedah,” katanya ketika ditemui pada majlis santapan malam meraikan pasukan Lang Merah di Dewan Santapan Istana Anak Bukit, Alor Setar, malam kelmarin

Sementara itu, pemain tengah Kedah Baddrol

(gambar).

Bakhtiar berkata, mereka mensasarka­n untuk mempertaha­nkan dan membawa pulang Piala Malaysia ke bumi Jelapang Padi ini.

“Kami akan bagi komitmen 100 peratus selain cuba memperbaik­i mana-mana kelemahan yang ada ketika menentang Melaka United, UiTM FC dan Kelantan,” katanya.

Pada majlis itu, Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah berkenan menyampaik­an ganjaran RM20,000 kepada setiap pemain Kedah selepas memenangi Piala FA menewaskan Pahang, Sabtu lalu.

Turut memperoleh habuan adalah barisan kejurulati­han yang membabitka­n nilai keseluruha­n RM448,000.

 ?? FOTO: MUHAIZAN YAHYA ??
FOTO: MUHAIZAN YAHYA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia