Harian Metro

Bercinta atau Bersahabat?

- Sudirman Mohd Tahir sudirman@hmetro.com.my

Menjadi

anak seni bukan semudah difikirkan. Banyak cabaran dan dugaan perlu ditempuh. Hanya mereka yang berjiwa kental saja mampu melawan setiap masalah yang datang.

Paling penting juga, anak seni sejati adalah mereka yang sedia berjuang dalam apa jua situasi dan keadaan.

Itulah yang dilalui pasangan dua sejoli Ayda Jebat dan Redza Rosli yang kini mencipta fenomena dalam drama Ku Kirim

Cinta yang ditayangka­n menerusi slot Akasia di TV3.

Dalam pada orang lain meraikan pembuka Ramadan bersama keluarga tercinta, tidak bagi kedua-dua mereka apabila perlu berada di lokasi penggambar­an.

Memandangk­an drama arahan Raja Ahmad Alauddin itu masih berbaki dua minggu, Ayda dan

Redza perlu melunaskan tanggungja­wab yang diberikan.

Namun menurut Ayda yang juga penyanyi lagu Nakal Nakal Nakal bukan sesuatu yang baru baginya kerana pernah terbabit dengan penggambar­an ketika Ramadan.

“Saya sudah biasa dengan situasi yang mana berbuka dan sahur di lokasi. Ini bukan kali pertama saya melaluinya. Cuma untuk drama ini kami dijangka habis dalam tempoh dua minggu lagi. Selepas itu, saya boleh tumpukan kepada aktiviti lain pula.

“Orang selalu kata berlakon pada bulan Ramadan sangat susah. Bagi saya sama saja macam hari lain cuma bezanya tak boleh makan dan minum. Itu cabaran terbesar bagi pelakon dan kru di lokasi,” katanya.

Ayda berkata, selain terbabit dalam penggambar­an drama, dia juga terikat dengan komitmen sebagai duta Syukur Selalu TV3, TV9 serta Jakel dan Ariani.

Tidak hairan jika sepanjang Ramadan ini kelak Ayda lebih banyak menghabisk­an masa dengan kerja.

“Saya menganggap setiap yang datang itu rezeki. Jadi apabila perlu bekerja pada bulan puasa, saya tak kisah. Orang kata bekerja juga satu ibadat. Saya tak nak menjadikan berpuasa itu halangan untuk bergerak aktif.

“Insya-Allah selepas selesai penggambar­an drama itu, saya memberi fokus kepada program Ramadan yang diatur TV3 dan TV9. Sebagai duta kami dibawa ke beberapa lokasi bagi sesi bertemu peminat dan iftar bersama-sama. Selain itu saya juga turun padang bagi menjayakan program diatur pihak Jakel dan Ariani,” katanya.

Begitu juga dengan

Redza yang menyifatka­n pemilihann­ya sebagai duta program Syukur Selalu TV3 dan TV9 satu penghargaa­n untuknya.

Malah, Redza meluahkan rasa teruja bertemu dengan peminat sepanjang bulan Ramadan ini di beberapa lokasi yang ditetapkan.

“Peluang diberikan satu penghormat­an untuk saya. Mungkin perkara ini masih baru, tapi cuba memberikan yang terbaik. Sebolehbol­ehnya saya tak nak hampakan semua.

“Apabila perlu menjayakan program ini sepanjang Ramadan, ia sesuatu yang menarik. Mungkin ada cabaran yang timbul tapi saya

Ayda dan Redza antara pasangan hero dan heroin cukup serasi di skrin

tidak mahu menjadikan ia sebagai alasan. Saya percaya setiap perkara baik itu pasti dipermudah­kan,” katanya.

Redza yang turut dilantik menjadi duta Tonton mengakui tidak berdepan masalah untuk menjalani penggambar­an drama sepanjang Ramadan.

Kongsi Kemesraan di IG

Boleh dikatakan ketika ini Ayda dan Redza antara pasangan hero dan heroin yang cukup serasi di skrin.

Malah kemesraan mereka bukan sahaja dapat disaksikan dalam drama itu, tetapi turut dipamerkan di laman Instagram (IG) masing-masing.

Menjadi pasangan kekasih di kaca TV membuatkan peminat kedua-dua mereka menaruh harapan supaya hubungan itu menjadi nyata.

Bagi Ayda, ketika ini dia selesa berkawan dengan Redza dan menyerahka­n segala ketentuan kepada Allah SWT.

“Kami memang berkawan baik sejak dahulu lagi. Cuma dulu kami jarang dapat berlakon bersama, jika ada pun, Redza bukan digandingk­an bersama saya. Secara kebetulan kami memegang watak utama dalam drama Ku Kirim Cinta, jadi perkara itu membuatkan kami banyak masa bersama.

“Peminat memang mempunyai bermacam jenis harapan, bukan kepada saya dan Redza saja namun kepada saya dengan orang lain atau Redza bersama orang lain. Sebagai manusia biasa, saya tidak boleh menjaga perasaan semua, jadi biarlah saya jaga perasaan saya dan keluarga.

“Apa yang penting, peminat perlu tahu semua yang kami lakukan adalah atas urusan kerja. Jika mereka rasa saya dan Redza sesuai, doakan saja kerana ia benda yang baik bukan?” katanya.

Sementara Redza pula tidak kisah dengan apa juga persepsi yang mengatakan dia cuba menumpang populariti pelakon drama Rindu Awak 200% itu.

“Saya tidak kisah dengan kata-kata orang. Mereka tidak berada dalam situasi dan mengenali diri saya yang sebenar, jadi mereka boleh memberikan pelbagai spekulasi.

“Saya juga tak ada hak menghalang mereka daripada bercakap. Semua tohmahan yang dilemparka­n tidak pernah menjadi kudis dalam hidup saya,” katanya.

Ditanya mengenai gosip percintaan mereka, Redza tidak menolak perkara itu terjadi disebabkan kekerapan dirinya berkongsi gambar bersama Ayda dalam akaun Instagram.

Pada masa sama Redza mengakui Ayda memenuhi ciri-ciri wanita idamannya.

“Sebenarnya saya seorang yang susah mesra dengan orang lain apabila bercakap. Saya bukan memilih kawan tetapi lebih banyak memerhati orang.

“Apabila berkenalan dengan Ayda, dia boleh membuatkan saya menjadi kawannya kerana banyak mengajar bagaimana untuk bergaul dengan orang sekeliling. Dia seorang yang peramah,” katanya.

Redza bagaimanap­un berkata, dia meletakkan soal jodoh mengikut ketentuan masa dan keadaan.

“Dalam soal ini saya mengikut aturan yang ditetapkan. Saya reda andai kata ditakdirka­n berkahwin dengan Ayda atau wanita lain suatu hari nanti,” katanya.

 ??  ?? FOTO NIZAR HAFIZ MUSTAFA (INSTAGRAM: @NIZARHAFIZ­MUSTAFA)
SOLEKAN ALONG FAIRUZ (INSTAGRAM: @ALONG_5RUZ)
PAKAIAN AYDA ARIANI RTW (INSTAGRAM: @ARIANIRTW)
PAKAIAN REDZA FURBY & SUGAR (INSTAGRAM: @FURBYANDSU­GAR) LOKASI PARKROYAL HOTEL, KUALA LUMPUR...
FOTO NIZAR HAFIZ MUSTAFA (INSTAGRAM: @NIZARHAFIZ­MUSTAFA) SOLEKAN ALONG FAIRUZ (INSTAGRAM: @ALONG_5RUZ) PAKAIAN AYDA ARIANI RTW (INSTAGRAM: @ARIANIRTW) PAKAIAN REDZA FURBY & SUGAR (INSTAGRAM: @FURBYANDSU­GAR) LOKASI PARKROYAL HOTEL, KUALA LUMPUR...
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia