Harian Metro

Disaran nikahi abang tiri

-

Saya anak tiri dalam keluarga ibu bersama suaminya yang mempunyai tiga anak daripada perkahwina­n lalu. Hubungan bapa tiri dengan saya baik, malah dia banyak menjaga serta melindungi saya melangkaui kasih diberi bapa kandung.

Bapa kandung saya sudah mempunyai keluarga lain dan saya hanya luangkan masa setiap Sabtu dan Ahad minggu kedua setiap bulan. Cumanya, saya akui bapa tiri lebih mengambil berat soal pendidikan mahupun asuhan agama. Malah dia sering menegur mengenai aurat dan batasan dia serta saya.

Kadangkala rimas tetapi sejak dia sakit lima bulan lalu, sikap saya berubah membuatkan hubungan kami rapat.

Saya juga mengambil giliran menjaganya bersama abang serta adik tiri lain.

Lebih mengejutka­n dia berhasrat mengahwink­an saya dengan abang tiri dan bagi saya, itu perkara pelik. Bagaimanap­un, dia meminta saya pertimbang­kan kerana mahu kebajikan saya dijaga abang tiri mahupun bakal suami yang juga anaknya. Apa perlu saya lakukan?

SHAHNIE, Kota Bharu, Kelantan

Terima ataupun tidak itu dalam pertimbang­an saudari kerana tiada salahnya mengahwini abang tiri yang juga anak bapa tiri daripada perkahwina­nnya dulu. Bunyinya mungkin pelik tetapi berdasarka­n hubungan saudari dan abang tiri, tiada perkaitan baik segi nasab mahupun kaitan susuan, ia tidak menjadi kesalahan.

Cumanya mungkin kedengaran janggal dalam kalangan masyarakat mengahwini abang tiri sendiri kerana ia jarang berlaku. Pada Dang

Setia, cadangan itu terbit kerana bapa tiri begitu menyayangi saudari.

Tiada salah atau betul andai saudari ingin menerima mahupun menolak asalkan saudari mempunyai sebab dan tahu cara untuk menerangka­n kepada bapa tiri.

Selain itu dapatkan pendapat abang tiri selain kenal pasti latar belakang mahupun sejarah hubunganny­a dengan wanita lain. Dang Setia bimbang abang tiri mempunyai pilihan sendiri.

Jangan bebankan diri dengan permintaan bapa tiri, sebaiknya berbincang daripada hati ke hati kerana itu lebih wajar. Selain itu Dang

Setia sarankan dapatkan pandangan ibu selain sebab bapa tiri bertindak sejauh itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia