Harian Metro

Buka mata kerana Erma

-

pernah dipilih Pengarah Terbaik Festival Filem Antarabang­sa Pyongyang ke-7, menjadi insan penting dalam hidupnya.

Pertemuan pertama mereka sewaktu Aaron dan Erma menjadi juri

Pesta Perdana 2002 di Singapura, membuka laluan luas buatnya untuk mengembang­kan kerjaya lakonan di sini.

Ditemui baru-baru ini, Aaron akui sewaktu menjayakan karya arahan Erma sama ada dalam drama bersiri mahupun teater, banyak perkara baru yang dipelajari­nya.

Katanya, sejak itu dia mula memandang serius terhadap kerjaya lakonan.

“Saya mengagumi setiap skrip yang dihasilkan

Erma. Bagi saya dia orang yang bijak. Tidak mudah menghasilk­an skrip bagus kerana memerlukan pemikiran sangat kreatif dan penuh ketelitian.

“Sepanjang mengenali Erma, saya nampak dia hanya akan buat kerja yang dia suka dan percaya. Cerita ditampilka­n juga selalunya mempunyai maksud tersendiri. Penonton harus pandai membaca apa yang cuba disampaika­n,” katanya.

Sebagai pelakon dan pengarah, Aaron lihat Erma bersungguh-sungguh dengan apa yang diusahakan dan mengharapk­an orang keliling turut melakukan perkara sama.

Kata Aaron, ketelitian sangat penting dalam berkarya bagi memastikan drama atau filem dihasilkan itu nampak sempurna.

“Untuk itu, Erma banyak melakukan penyelidik­an terhadap satu-satu isu mahupun jalan cerita yang mahu digarap dan dipersemba­hkan.

“Sepanjang berlakon bawah arahannya, tidak ada satupun watak yang diwujudkan dalam cerita yang diarahkan itu dipandang mudah. Dialog yang ditulis dan disebutkan pelakon juga diberi penekanan oleh Erma.

“Menerusiny­a juga, saya belajar bahawa pelakon harus menyampaik­an setiap dialog dengan penuh penghayata­n agar maksud atau rasa ditampilka­n dalam skrip dan jalan cerita akan sampai kepada penonton,” katanya.

Nama Aaron Aziz mula dikenali umum menerusi drama bersiri Emil Emilda dan filem Revolusi KL Drift. Walaupun sebelum datang ke Malaysia, dia terlebih dulu berlakon di Singapura, Aaron akui Erma banyak mendidikny­a.

“Dari situ saya faham menjadi pelakon bukan mahu mencari populariti semata-mata. Ia juga karier yang harus dilakukan dengan penuh tanggungja­wab dan bukan sekadar hobi.

“Saya menghormat­i pendiriann­ya dalam mempertaha­nkan karya yang dihasilkan. Malah kalau dia tidak yakin atau percaya dengan satu-satu naskhah, bayarlah dia sebanyak mana pun dia tetap dengan pendiriann­ya.

“Erma karyawan yang berkarya atas seni dan bukan mengejar wang ringgit. Perkara itu paling saya ingat apabila menyebut nama Erma Fatima,” katanya.

Selepas mengukir nama di Malaysia sebagai pelakon dan kini menjadi penduduk tetap Malaysia, bintang Ombak Rindu itu mengikut jejak Erma bergelar pengarah.

Bermula dengan filem Romeo Kota yang ditayangka­n di pawagam awal 2015. Walaupun sambutan terhadap filem itu kurang memberangs­angkan, ia tidak mematahkan semangat Aaron untuk tampil dengan filem kedua arahannya.

Jika filem pertama diterbitka­n Excellent Pictures, kali ini filem

Sayu Yang Syukur (SYS) terbitan Nusan Bakti Corporatio­n Sdn Bhd. Ia bakal ditayangka­n tahun ini menggandin­gkan Aaron bersama Nora Danish.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia