Harian Metro

Nafi hidup sosialitas

- Ardini Sophia Sina hellinie@hmetro.com.my

Ramai selebriti Indonesia dilabel gelaran sosialitas kerana menjalani kehidupan mewah dan glamor. Pelakon dan model Jessica Iskandar, 29, kini berada dalam kelompok itu apabila bersahabat baik dengan Girl Squad terdiri daripada Nia Ramadhani, Chacha Frederica, Jennifer Bachdim dan Marshanda.

Memulakan kerjaya sebagai model kemudian berlakon filem Dealova pada 2005, Jessica yang kini lebih banyak berlakon sinetron dan iklan serta penyampai Dahsyat di RCTI sejak Mac 2011, menafikan dirinya dalam golongan seperti diperkatak­an ramai.

Katanya, Girl Squad tidak hanya mementingk­an kebendaan tetapi nilai murni lain seperti kekeluarga­an dan sentiasa bersama baik dalam senang mahupun susah.

“Mereka menggelar kami sosialitas tetapi secara peribadi, kami sendiri tidak memikirkan bahawa kami termasuk dalam golongan itu.

“Kami tidak memandang sesuatu perkara itu hanya pada sudut kebendaan. Banyak perkara positif yang saya peroleh sejak berkawan dengan Girl Squad.

“Setiap kali berkumpul, kami bukannya sepanjang masa bercakap mengenai kemewahan atau barangbara­ng jenama terkenal.

Kami lebih banyak bercakap mengenai isuisu kemanusiaa­n dan bagaimana status kami sebagai selebriti dapat membantu mereka yang memerlukan,” katanya.

Tambah Jessica, dia percaya sama ada nilai yang disumbangk­an itu sedikit ataupun banyak, dia yakin setiap bantuan itu akan mengubah kehidupan individu tertentu.

Sering mengadakan aktiviti amal bantu anak yatim, ia kini menjadi salah satu rutin kehidupan Girl Squad. Mereka bergabung tenaga mencari dana untuk disalurkan kepada rumah kebajikan.

Jessica juga bakal muncul dengan buku baru, mengenai cerita 100 orang yang pernah hadir dalam hidupnya. Katanya, apa yang dipaparkan dalam buku itu adalah dalam bentuk surat ringkas.

“Buku ketiga ini dalam bentuk surat dan saya menulis 100 surat khas untuk 100 orang yang banyak memberi nasihat dan semangat kepada saya.

“Saya juga tujukan surat itu untuk individu yang memberikan saya pengalaman berharga. Antara mereka ialah keluarga, anak dan bekas suami. Mereka semua pernah mengisi hidup saya walaupun ada yang cuma singgah sebentar,” katanya.

Jessica bagaimanap­un enggan mengulas lanjut mengenai surat yang ditujukan khas buat bekas suami, Ludwig Franz Willibald. Katanya, biarlah umum mengetahui selepas membaca buku itu nanti.

“Saya juga tidak dapat memberi jangkaan bila buku itu dipasarkan. Setakat ini boleh dikatakan baru 20 peratus siap,” katanya.

Dalam kesibukann­ya menyiapkan buku itu, Jessica masih sempat meluangkan masa dengan anaknya, El Barack. Dia akan membawa anaknya menonton wayang mahupun sekadar bersiarsia­r.

Walaupun hanya berdua, mereka nampak bahagia dan gembira menghabisk­an masa bersama. Barubaru ini, Jessica membawa anaknya bercuti di Thailand.

Katanya, sesibuk manapun seorang ibu itu, dia pasti tidak melepaskan peluang untuk bermain dengan anaknya.

“Suatu hari nanti si anak itulah yang akan menjaga kita yang ketika itu sudah tua dan tidak berdaya. Apabila sibuk bekerja, tekanan yang dirasai itu adalah perkara biasa kerana kita inginkan yang terbaik.

“Sesekali bercuti di luar negara dan tempat indah dapat membuatkan kita segar kembali. Bercakap mengenai percutian, tidak mungkin saya akan ke luar negara seorang diri. Saya pasti membawa si kecil juga. Ini adalah percutian ibu dan anak. Dia adalah penyeri hidup saya dan akan ada di mana pun saya berada,” katanya.

Jessica selalu ikut Girl Squad sertai aktiviti

kebajikan

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia