Harian Metro

‘Mereka darah daging saya’

 Lima beradik yatim piatu sekelip mata menumpang kasih ibu dan bapa saudara

- Muhaamad Hafis Nawawi mhafis@hmetro.com.my

Saya dan suami akan menjaga mereka seperti anak sendiri dan memberi pelajaran secukupnya Norma Abdullah

“Mereka ini amanah buat saya dan akan menjaga seperti anak sendiri. Saya tidak sesekali akan mengabaika­n mereka, tambahan mereka adalah darah daging kami sendiri.”

Begitu kata Norma Abdullah, 51, ibu saudara kepada lima adik beradik yang menjadi yatim piatu selepas ibu bapa mereka terbabit dalam kemalangan di Jalan Alor Punti, Pendang, pada Disember tahun lalu.

Akibat kemalangan itu juga, lima adik beradik itu Maisarah Mohd Padzil, 15, Masyitah, 13, pasangan kembar, Muhammad Asyraf dan Muhammad Akmal, 12, serta adik bongsu, Munirah, 7, turut mengalami kecederaan dan menerima rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, dekat sini.

Ketika itu, Muhammad Akmal dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) HSB selepas menjalani pembedahan bagi membuang limpa dan parah kedua-dua kaki, sementara dua kakaknya, Maisarah,

14, pula patah kaki kiri serta tangan kanan dan Masyitah, 12, (patah kaki kanan).

Muhammad Asyraf retak tulang selangka dan cedera bawah mata kanan, sementara Munirah menerima jahitan di kepala.

Lebih menyedihka­n, Muhammad Akmal kini masih bergantung dengan kerusi roda selepas kaki kirinya pendek lima sentimeter (sm) dan perlu memakai kasut khas bagi membolehka­nnya berjalan dengan normal.

Mereka kini dijaga bapa saudara, Rosli Rashid, 57, dan isterinya, Norma yang mendapat perintah daripada mahkamah yang memberi hak penjagaan kepada pasangan terbabit yang menetap di Kampung Lubok Gokgek, Sanglang.

Norma berkata, mereka bersyukur semua anak saudaranya beransur sembuh sejak kemalangan itu dan cuma Muhammad Akmal saja yang masih perlu bergantung dengan kerusi roda.

Menurutnya, dia dan suami akan menjaga mereka seperti anak sendiri dan memberi pelajaran secukupnya.

“Maisarah masih belajar di MRSM (Maktab Rendah Sains MARA) Kepala Batas, Pulau Pinang dan pengajiann­ya di sana ditanggung sepenuhnya oleh MARA.

“Adiknya, Masyitah akan mula mendaftar minggu depan di MRSM sama selepas diterima masuk dan jika tiada halangan, dia juga akan belajar secara percuma di sana nanti,” katanya ketika ditemui di kediamanny­a di Kampung Lubok Gokgek, di sini, kelmarin.

Menurutnya, adik mereka yang lain kini belajar di Sekolah Kebangsaan Sanglang dan bantuan RM500 sebulan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) juga akan mula diterima Jun ini.

Sementara itu, Maisarah berkata, kehidupan mereka bertambah baik sejak tragedi itu dan dapat menerima apa yang berlaku.

“Saya kuatkan semangat untuk meneruskan kehidupan demi adik yang masih kecil dan akan belajar bersungguh-sungguh.

“Selain itu, kalau kami dapat terima apa yang berlaku, insya-Allah Allah akan permudahka­n urusan kami,” katanya.

Menurutnya, persiapan menyambut Ramadan juga berjalan lancar dan dapat berpuasa tahun ini bersama adik beradik dan ibu saudaranya.

Harian Metro sebelum ini melaporkan pasangan suami isteri, Mohd Padzil Rashid dan Masmiwaza Mohd Noor, 42, maut selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza yang dinaiki mereka terbabas sebelum merempuh sebuah treler di Jalan Alor Punti, Pendang.

Dalam kejadian jam 11.30 malam itu, Mohd Padzil yang memandu MPV maut di tempat kejadian manakala isterinya meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.

 ??  ??
 ??  ?? LAPORAN
Harian Metro,
19
Disember lalu.
LAPORAN Harian Metro, 19 Disember lalu.
 ??  ??
 ??  ?? LAPORA Harian M 20 Disem lalu.
LAPORA Harian M 20 Disem lalu.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia