Harian Metro

PUNTUNG KRITIKAL

 Badak sumbu betina Sumatera derita sakit kanser kulit

- Junaidi Ladjana junaidi_ladjana@hmetro.com.my

Badak sumbu betina Sumatera dikenali sebagai Puntung yang juga seekor daripada tiga badak sumbu Sumatera terakhir di Malaysia kini bertambah kritikal akibat kanser sel skuamus.

Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah Augustine Tuuga berkata, bengkak di pipi kiri Puntung semakin buruk dan dua biopsi sudah dilakukan selepas pembedahan mendedahka­n penyakit dialaminya.

“Puntung disahkan menghidap kanser sel skuamus iaitu kanser kulit selepas pembedahan dan dua biopsi dilakukan, namun penyakit itu merebak dengan pantas sejak beberapa minggu lalu. Pakar dari beberapa negara juga bersetuju bahawa ia akan membawa maut.

“Sehingga hari ini, Puntung tidak lagi bernafas melalui lubang hidung kiri malah badak betina itu kini, berada dalam kesakitan dan keadaan kesihatann­ya bertambah merosot.

“Kami tiada pilihan untuk mencari alternatif lain kecuali bersetuju dengan nasihat perubatan profesiona­l dan kita diberi kuasa untuk membenarka­n euthanasia (mencabut nyawa secara perlahan untuk menamatkan seksa kerana penyakit). Ini adalah satu keputusan sukar untuk dibuat,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Augustine berkata, walaupun belum pasti, tetapi euthanasia ke atas Puntung dirancang dilakukan pada 15 Jun ini.

Puntung adalah tiga badak sumbu Sumatera terakhir di Malaysia yang ditangkap pada 2011 untuk penjagaan dan dibiakkan dengan seekor lagi badak jantan dinamakan

Tam, namun usaha itu gagal disebabkan masalah dalam sistem pembiakann­ya.

Badak sumbu Sumatera mempunyai jangka hayat 35 tahun dengan usia Puntung ketika ini kira-kira 25 tahun.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif Borneo Rhino Alliance Datuk John Payne berkata, keadaan Puntung adalah berita menyedihka­n kepada mereka terbabit dalam kehidupan haiwan terbabit sejak 10 tahun lalu.

“Kami merakamkan terima kasih kepada orang ramai sama ada dari Malaysia dan negara luar yang memberi sokongan termasuk kewangan untuk melakukan pembedahan pergigian dan kerja susulan.

“Kami juga merakamkan terima kasih kepada Yayasan Sime Darby yang banyak membantu kos pemantauan, penangkapa­n, pemindahan dan penjagaan Puntung sejak 2009,” katanya.

 ??  ?? PUNTUNG bertambah kritikal akibat kanser sel skuamus.
PUNTUNG bertambah kritikal akibat kanser sel skuamus.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia