Harian Metro

Tidak pasti apa berlaku

-

“Saya dengar orang cerita abang saya ada hubungan dengan seorang wanita warga Thailand yang tinggal berhampira­n rumah abang namun tidak pasti kalau itu yang menjadi punca dia dibunuh,” kata Wong Chee Kuang, 40, adik kepada Wong Chee Kheong, 43, pekebun yang ditemui dibunuh di tepi Jalan Pengkalan Sungai Kerang, Padang Gajah, dekat sini malam kelmarin.

Chee Kuang, yang bekerja sebagai tukang masak di Butterwort­h, Pulau Pinang berkata, dia mendapat berita mengenai kematian abang sulungnya daripada tiga beradik itu kira-kira jam 8.45 malam pada hari kejadian daripada adik perempuann­ya dan bergegas pulang ke kampung sebelum sampai jam 1 pagi semalam.

Menurutnya, Chee Kheong tinggal di rumah di kampung bersama ibunya dan seorang yang agak panas baran serta jarang bercerita kepada ahli keluarga sekiranya mengalami sebarang masalah.

“Kali terakhir saya menemuinya adalah kira-kira seminggu lalu dan dia tidak menceritak­an apa-apa masalah atau mengadu diugut oleh sesiapa dan sebagainya.

“Mendiang abang mengusahak­an tanaman nanas serta keladi dan sejak dua tiga tahun sebelum ini saya perasan berlaku perubahan terhadapny­a apabila tubuh badanya semakin kurus dan saya syaki abang mungkin terbabit dengan penagihan dadah,” katanya di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini, semalam.

Ditanya sama ada mengenali suspek serta wanita warga Thailand yang dikatakan mempunyai hubungan dengan mangsa, Chee Kuang mengatakan dia tidak mengenali mereka kerana jarang pulang ke kampung.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia