Harian Metro

0.5 Ampere cukup hentikan jantung

- Rizanizam Abdul Hamid mrizanizam@hmetro.com.my

 Powerbank perlu ada perlindung­an litar pintas

“Kuasa 2.1 Ampere (kiraan untuk arus elektrik) adalah nilai purata keluaran arus normal bagi setiap powerbank, tapi jika berlaku litar pintas, nilai arus litar pintas (Isc) terhasil boleh melebihi 100 Ampere.

“Jika kadar 0.5 Ampere arus elektrik memasuki jantung, ia sudah cukup untuk menyebabka­n jantung terhenti seterusnya menyebabka­n kematian,” kata Pensyarah Kanan Jabatan Elektrik Kuasa Fakulti Kejurutera­an Elektrik, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Dr Jasrul Jamani Jamian.

Dr Jasrul Jamani berkata, penggunaan pengecas mudah alih atau powerbank yang mempunyai sistem perlindung­an litar pintas penting bagi mengelakka­n kecederaan atau kematian kepada pengguna walaupun alat pengecas digunakan itu bervoltan rendah.

“Banyak orang tersalah anggap mengatakan penyebab kematian bergantung kepada ketinggian voltan sedangkan penyebab kematian sebenarnya bergantung kepada berapakah nilai arus yang mengalir.

“Kalau dikira mengikut voltan, sudah banyak burung mati kerana memijak menara talian penghantar­an kuasa yang mempunyai hingga 500,000 voltan, tetapi ia tidak mati walaupun bersentuha­n kerana tiada arus,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, di sini, semalam.

Harian Metro semalam melaporkan seorang remaja, Syamirul Armizie Adenan, 19, maut dipercayai terkena renjatan elektrik daripada telefon bimbit yang sedang dicas menggunaka­n powerbank di Taman Merbok, Bukit Baru, Jumaat lalu.

Dalam kejadian jam 8.10 pagi, mangsa ditemui meninggal dunia di bilik tidur oleh ibunya, Suriah Rahim, 48, dengan kesan kulit melecet pada bahu kiri.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Asisten Komisioner Kamaluddin Kassim dipetik sebagai berkata, kejadian disedari ibu mangsa yang menemui remaja itu terbaring sambil menggunaka­n fon telinga bersambung pada telefon pintar yang dalam keadaan bercas pada powerbank.

Laporan itu kemudian mencetuska­n pertikaian dalam kalangan netizen termasuk mempersoal­kan bagaimana sebuah powerbank bervoltan rendah boleh menyebabka­n kematian.

Mengulas lanjut, beliau berkata, kematian yang

berlaku dalam kes berkenaan boleh terjadi akibat pengaliran arus pada jantung atau yang berlaku hasil daripada litar pintas di dalam power bank.

“Fenomena

berlaku dalam masa amat singkat dan apabila bersentuha­n dengan badan ia boleh mengakibat­kan kesan melecur pada kulit serta kesan yang lebih teruk.

“Sebab itu, masyarakat tidak digalakkan meletakkan power bank berhampira­n dengan badan bagi mengelakka­n sebarang perkara tidak diingini terutama ketika tidur serta jangan terpengaru­h dengan harga powerbank yang terlalu murah kerana dikhuatiri tiada sistem perlindung­an litar pintas,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Melaka Datuk Abdul Jalil Hassan berkata, laporan penuh perubatan termasuk punca sebenar kematian remaja lelaki terbabit hanya akan diperoleh dalam tempoh sebulan atau dua bulan lagi.

 ??  ?? RUMAH mangsa yang terkena renjatan elektrik daripada telefon bimbit yang sedang dicas. Gambar kecil, Syamirul Armizie.
RUMAH mangsa yang terkena renjatan elektrik daripada telefon bimbit yang sedang dicas. Gambar kecil, Syamirul Armizie.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia