Harian Metro

SUP AYAM RASA GANJA

-

dah RM20 bagi setiap 100 gram serbuk ganja yang dihasilkan,” katanya.

Selain itu, suspek turut mempromosi­kan produk mereka dengan menyebarka­n pelbagai testimoni kononnya diberikan pelanggan terdahulu yang mendakwa ganja itu berjaya menyembuhk­an pelbagai jenis penyakit termasuk kanser. Malah, mereka turut memaparkan gambar kanak-kanak menjual dan menyiram tanaman dipercayai ganja dalam akaun FB berkenaan.

“Pada masa sama, mereka turut berani memuat naik gambar sedang menghisap ganja di dalam FB kepada rakan FB masing-masing.

“Siasatan mendapati pelanggan

yang mahu membeli ganja dihasilkan itu perlu membuat tempahan dan berjumpa sendiri dengan suspek.

“Suspek mengenakan syarat kepada pelanggan mereka iaitu urusan jual beli berkenaan hanya dijalankan secara bersemuka saja,” katanya.

Hasil penahanan dua suspek itu, polis merampas daun ganja kering berjumlah lebih 3 kilogram, biji benih ganja seberat 4.5 kilogram, serbuk ganja (365 gram), cecair ganja dan pelbagai produk berasaskan ganja.

“Malah polis turut merampas 18 pokok ganja milik suspek yang ditanam di beberapa lokasi berasingan,” katanya.

Penahanan kedua-dua suspek terbabit turut menarik perhatian Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar apabila memuat naik status di laman sosial, Twitter mengucapka­n tahniah kepada

STING Bukit Aman atas kejayaan membongkar kegiatan itu.

“Syabas STING tangkap dua orang di Klang, Selangor kerana menjalanka­n perniagaan ganja dalam talian,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Datuk Seri Mohd Mokhtar Mohd Shariff mengesahka­n perkara itu dan pihaknya akan mengadakan sidang media hari ini.

 ?? Sumber ?? Difahamkan ganja yang ditanam kemudian diproses menjadi pelbagai jenis makanan, cecair dan serbuk dengan jenama Dr Ganja. Malah mereka menawarkan harga serendah RM20 bagi setiap 100 gram serbuk ganja yang dihasilkan”
Sumber Difahamkan ganja yang ditanam kemudian diproses menjadi pelbagai jenis makanan, cecair dan serbuk dengan jenama Dr Ganja. Malah mereka menawarkan harga serendah RM20 bagi setiap 100 gram serbuk ganja yang dihasilkan”
 ??  ??
 ??  ?? LAUK yang dicampur dengan ganja digunakan suspek bagi mempromosi­kan kepada pelanggann­ya.
LAUK yang dicampur dengan ganja digunakan suspek bagi mempromosi­kan kepada pelanggann­ya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia