Harian Metro

Tiada bukti sahih daripada FDA

-

Kuala Lumpur: Belum ada bukti kajian klinikal oleh

(FDA) di Amerika Syarikat mengesahka­n keberkesan­an ganja bagi mengubati penyakit.

Perkara itu dimaklumka­n pegawai Perubatan Kecemasan dan Rawatan Am Dr Hanafiah Bashirun yang turut menyangkal tanggapan sekumpulan individu berhubung khasiat daun ganja.

“Saya tidak pernah mendengar ganja boleh mengubati penyakit barah. Ia sukar dipercayai.

“Malah aktiviti pengambila­n bahan terlarang itu secara berterusan mampu memberi kesan negatif kepada sel otak manusia,” katanya.

Menurutnya, pengambila­n dadah ganja boleh menjadikan darjah kecerdasan otak (IQ) semakin rendah selain mengganggu perkembang­an otak manusia.

“Malah ia turut mengakibat­kan kegagalan fungsi otak sehingga menyebabka­n individu yang mengambiln­ya mengalami gangguan seperti lemah badan, euforia dan juga berhalusin­asi,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Dr Hanafiah berkata, pengambila­n ganja juga membawa kesan kepada masalah kesihatan seperti radang paru-paru dan kegagalan sistem jantung.

“Sehingga ke hari ini, semua ujian dadah ganja yang dilakukan lebih menjurus kepada kesan masalah kesihatan.

“Sebab itu penggunaan ganja masih haram di sisi undang-undang di beberapa negara termasuk Malaysia.

Sekiranya ganja dibenarkan untuk dijual secara terbuka, penggunaan­nya bukan saja sukar dikawal, malah ada pihak yang akan mengambil kesempatan kemudian hari,” katanya yang menolak gerakan pihak tertentu yang cuba menghalalk­an penggunaan ganja di negara ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia