Harian Metro

Serbu pusat hiburan Bapa dihanyut arus deras

- Junaidi Ladjana junaidi_ladjana@ hmetro.com.my

 Lelaki cari rebung bersama anak cuba menyeberan­gi sungai dikhuatiri lemas

Seorang lelaki dikhuatiri lemas manakala anaknya selamat selepas mereka dihanyutka­n arus deras ketika mencari rebung bagi juadah untuk keluarga di Sungai Pagalan, Kampung Dangulad, dekat sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi, mangsa, Daibet Juan, 48, dikatakan dihanyutka­n arus deras manakala operasi mencari dan menyelamat dijalankan polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam serta penduduk kampung.

Anak lelaki mangsa, Endry Daibet, 11, yang berjaya menyelamat­kan diri kini trauma namun stabil.

Ketua Polis Daerah Keningau Deputi Superinten­dan Ahmad Jawila berkata, siasatan awal mendapati sebelum kejadian, mangsa dan anaknya keluar rumah untuk mencari rebung di seberang sungai di Kampung Dangulad.

“Ketika mangsa dan anaknya cuba menyeberan­g sungai itu, kedua-dua mereka dihanyutka­n arus deras berikutan hujan lebat malam sebelumnya.

“Tetapi anak mangsa berjaya menyelamat­kan diri manakala bapanya dihanyutka­n arus deras,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya, anak mangsa kemudian balik ke rumah dalam keadaan trauma dan hanya memberitah­u perkara itu selepas beberapa jam kejadian terbabit berlaku.

“Usaha mencari masih diteruskan oleh pasukan penyelamat dengan menggunaka­n dua bot.

“Setakat ini, mangsa belum ditemui dan keadaan air sungai deras,” katanya.

 ??  ?? LOKASI mangsa dihanyutka­n arus deras di Sungai Pagalan, Kampung Dangulad. Gambar kecil, pasukan penyelamat
menjalanka­n kerja pencarian.
LOKASI mangsa dihanyutka­n arus deras di Sungai Pagalan, Kampung Dangulad. Gambar kecil, pasukan penyelamat menjalanka­n kerja pencarian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia