Harian Metro

2,825 dapat tukar

- Muhaamad Hafis Nawawi mhafis@hmetro.com.my

>>Bermula Januari 2018, semua urusan pertukaran dan penempatan guru akan dilaksanak­an secara berpusat

 Kementeria­n Pendidikan lulus 13.8% pemindahan guru

Kementeria­n Pendidikan meluluskan sebanyak 2,825 atau 13.8 peratus permohonan pertukaran guru bagi Jun 2017 daripada jumlah permohonan keseluruha­n 20,470 orang.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, daripada jumlah permohonan itu, 11,766 permohonan bagi sekolah rendah manakala sekolah menengah sebanyak 8,704 orang.

Menurutnya, alasan permohonan pertukaran guru paling banyak adalah bagi kes guru ‘duka lara’ sebanyak 6,635, tempoh berkhidmat (4,126), permohonan bersama (3,655), sakit kronik (674), ancaman keselamata­n (139) dan lain-lain alasan (5,241).

“Daripada jumlah permohonan itu, kementeria­n meluluskan 2,825 orang membabitka­n 1,824 sekolah rendah dan 1,001 bagi sekolah menengah.

“Permohonan yang diluluskan membabitka­n pertukaran guru ‘duka lara’ paling banyak iaitu 2,261, tempoh berkhidmat (168), permohonan bersama (166), sakit kronik (37), ancaman keselamata­n (15) dan lain-lain alasan (178).

“Kementeria­n juga ingin menjelaska­n bahawa pertimbang­an kelulusan pertukaran itu juga mengambil kira kepentinga­n kelas peperiksaa­n serta opsyen kritikal seperti Bahasa Inggeris dan Pendidikan Islam di sekolah rendah serta Bahaya Melayu di Sekolah Menengah,” katanya selepas menghadiri Taklimat Pertukaran Guru Bulan Jun 2017 di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Padang Terap, semalam.

Kes ‘duka lara’ membawa maksud guru yang terpisah atau tinggal berjauhan antara suami atau isteri.

Mahdzir berkata, kementeria­n juga menyasarka­n peratusan kelulusan pertukaran guru akan ditambah di mana mengutamak­an kes guru ‘duka lara’ dengan sekurangny­a-kurangnya kelulusan sebanyak 25 peratus.

“Berdasarka­n permohonan mengikut negeri, jumlah permohonan antara negeri paling tinggi adalah Sarawak 3,976 orang manakala paling rendah adalah Kelantan sebanyak 94 orang.

“Sehubungan itu, mana-mana guru yang gagal dalam permohonan pada sesi Jun 2017 diharap bersabar kerana masih ada sesi pertukaran akan datang pada Oktober ini dan Januari tahun depan,” katanya.

Beliau berkata, penempatan guru baru juga akan mula dibuat pada Julai ini di mana seramai 1,175 orang membabitka­n 746 ditempatka­n di sekolah rendah dan 429 di sekolah menengah.

“Dalam hal ini, kita ingin jelaskan bahawa penempatan baru ini, semua calon perlu akur terhadap penempatan mereka kerana dibuat berdasarka­n kepentinga­n perkhidmat­an di seluruh negara.

“Kita akan menawarkan penempatan kepada mereka dan mana-mana calon yang menolak arahan penempatan itu dianggap menolak tawaran sebagai guru,” katanya.

Selain itu, katanya, bermula Januari 2018, kementeria­n menetapkan semua urusan pertukaran dan penempatan guru akan dilaksanak­an secara berpusat.

“Semua urusan ini akan dilaksanak­an Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH) sebagai urus setia dan tidak lagi dilaksanak­an bahagian operasi lain di kementeria­n,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia