Harian Metro

AMAL DUA SISTEM

-

23 Januari 1953.

Katanya, sistem pembelajar­an di madrasah terbahagi kepada dua iaitu umumi membabitka­n pengajian kitab turath dan nizami membabitka­n pengajian daripada silibus al-Azhar di dalam kelas.

“Pada awalnya madrasah ini mengajar secara tradisiona­l meliputi pengajian talaqqi kitab, al-Quran dan tajwid serta kelas celik jawi dan fardu ain.

“Kemudian madrasah ini mewujudkan peperiksaa­n Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada 2001 dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) pada 2002 kepada pelajarnya sekali gus membolehka­n mereka menyambung pelajaran ke institusi pengajian tinggi dalam dan luar negara,” katanya.

Menurutnya, kebiasaann­ya pondok didiami pelajar dewasa dan warga emas manakala pelajar remaja di SAR akan tinggal di asrama.

Katanya, dulunya hampir 60 peratus pelajar memasak sendiri di pondok sama ada secara individu atau berkongsi dengan beberapa rakan, namun kini ramai makan di kedai berhampira­n.

“Madrasah kini mempunyai 550 pelajar dari usia 13 hingga 25 tahun dan 300 pelajar warga emas dari seluruh negara di bawah bimbingan 26 guru,” katanya.

Ab Aziz berkata, selain mengikuti kelas akademik, pelajar mengikuti kelas umumi bersama warga emas dan penduduk setempat bagi mendapatka­n ilmu tambahan.

Menurutnya, kelas umumi biasanya diadakan selepas solat fardu dan menjadi tempat rujukan serta tiada sebarang had umur.

“Kecantikan madrasah ini juga ialah pelajar boleh melangkau kelas naik ke tahap seterusnya sekiranya cemerlang dalam peperiksaa­n.

“Walaupun dihimpit arus kemodenan, namun suasana pondok tradisiona­l masih diterima di sini dan mendapat bantuan pelbagai pihak terutama orang ramai dan kerajaan.

“Malah, tahun lalu, madrasah ini menerima peruntukan RM300,000 untuk membangunk­an pondok lama,” katanya.

Katanya, seiring transforma­si dalam bidang pendidikan, guru perlu berfikir serta mengajar mengikut peredaran zaman seperti menggunaka­n bahasa yang mudah difahami dan tidak terlalu mengikut bahasa lama seperti dalam kitab.

Menurutnya, beliau berharap pelajar di madrasah itu dapat menjadi guru murshid yang mengajar generasi akan datang apabila tamat belajar.

“Amalan dan nasihat ayah dulu ialah apabila kamu mengajar, kamu akan mengajar orang lain.

“Ilmu ini sangat luas dan kita kena mahir ilmu sampingan lain berkaitan agama seperti contoh ilmu faraid (pembahagia­n pusaka) dan ilmu falak (astronomi) memerlukan mereka yang pandai matematik sebelum membuat sebarang keputusan atau kajian,” katanya.

 Madrasah Irshad al-Ashraf al-Watniah laksana SAR dan pondok tradisiona­l untuk

550 pelajar

 ??  ?? KEADAAN pondok di Madrasah Irshad al-Ashraf al-Watniah di Sungai Bakap, Pulau Pinang.
KEADAAN pondok di Madrasah Irshad al-Ashraf al-Watniah di Sungai Bakap, Pulau Pinang.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia