Harian Metro

Syarat asas kenal huruf jawi

-

Cabaran mengajar di pondok agak berat berbanding sekolah kerana latar belakang pelajar berbeza, malah ada yang tidak mahir mengaji al-Quran dan membaca jawi, jauh sekali berbahasa Arab.

Madrasah Irshad al-Ashraf al-Watniah tidak meletakkan syarat asas seperti sekolah lain menyebabka­n mereka menerima kemasukan terbuka daripada pelbagai latar belakang pelajar.

Penolong Kanan Pentadbira­nnya Ustaz Mohd Salmi Shaimi, 46, berkata, pihaknya hanya mengenakan syarat asas iaitu kenal huruf jawi dan minat untuk belajar.

“Matlamat kita untuk mendidik pelajar menjadi insan berguna dengan mampu mengaji al-Quran dan menguasai kitab diajar.

“Jadi kepelbagai­an latar belakang pelajar memerlukan usaha keras guru untuk mendidik mereka dan tempoh masa yang agak lama,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Jawatankua­sa Fatwa Negeri Pulau Pinang berkata, masyarakat tidak boleh melihat perubahan mendadak pelajar yang masuk ke pondok kerana ia memerlukan tempoh masa dan ada cabaran tersendiri.

Menurutnya, masyarakat perlu memberi peluang dan masa kepada remaja untuk berubah kerana ia tidak boleh terlalu drastik.

“Pendekatan kita di madrasah ini ialah jangan terus menghukum apabila mereka salah, tetapi mendidik dan memberi peluang untuk berubah.

“Kalau setakat kesalahan kecil, kita tidak akan beritahu ibu bapa sebaliknya menyelesai­kan di peringkat dalaman.

“Apa yang penting ialah pelajar itu sendiri perlu faham agama dan kenapa mereka berada di sini, sebab itulah kebanyakan pondok tidak mempunyai pagar kerana semua pelajar sudah tahu peraturan dan dapat membezakan apa yang baik atau buruk,” katanya.

Mohd Salmi yang pernah belajar di Madrasah Irshad al-Ashraf al-Watniah pada 1980-an sebelum menyambung pengajian ke Universiti Islam Madinah meletakkan azam sejak muda lagi untuk berbakti semula di madrasah yang menjadi medan beliau menuntut ilmu.

Katanya, rasa terhutang budi terhadap institusi yang pernah mendidikny­a suatu ketika dulu menjadi penyebab untuk berkhidmat di situ mengajar generasi muda yang masih berminat dengan sistem pendidikan tradisiona­l itu. K M I A A

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia