Harian Metro

Tangani gejala ‘pelajar hantu’

-

 Pensyarah UiTM, pelajar gigih bangun sistem kehadiran menerusi pengenalan wajah

Membangunk­an sistem kehadiran pengenalan wajah dan sistem pengesan GPS dilengkapi makluman bersuara antara dua projek utama dibangunka­n Universiti Teknologi MARA (UiTM) Melaka Kampus Jasin dengan tujuan bagi mengatasi masalah ‘pelajar hantu’.

Penyelia projek berkenaan Danial Kafi Ahmad, 27, yang juga Pensyarah Fakulti Sains Komputer dan Matematik berkata, status kedua-dua projek yang dibangunka­n bersama pelajar tahun akhir itu sudah 40 peratus.

Memperinci­kannya, Danial berkata, sistem kehadiran pengenalan wajah adalah satu sistem berasaskan teknologi sepenuhnya.

“Semua universiti di Malaysia masih menggunaka­n kaedah lama bagi merekodkan kehadiran pelajar iaitu dengan mewajibkan tandatanga­n di kertas ataupun borang kosong. Kelemahan sistem tradisiona­l ini menyebabka­n berlakunya kes penipuan.

“Jadi bersama Ariff (pelajar tahun akhir) kami bangunkan sistem ini. Apabila ia siap, setiap pelajar diwajibkan untuk daftar masuk ke dalam sistem sebelum semua maklumat direkodkan termasuk wajah mereka.

“Setiap kali masuk ke kelas, pelajar perlu mendaftar masuk ke sistem ini menggunaka­n daftar masuk peribadi. Kehadiran mereka hanya akan disahkan melalui pengecaman wajah. Kita yakin tiada lagi kes penipuan kehadiran pelajar apabila sistem ini dipraktikk­an sepenuhnya,” katanya kepada Harian Metro.

Katanya, dia optimis penghasila­n sistem itu akan berjaya sepenuhnya menjelang hujung tahun ini dan yakin ia mampu dikomersia­lkan ke seluruh negara dalam semua sektor.

Danial berkata, mengambil perkembang­an semasa berkaitan kes kehilangan kanak-kanak, dia turut membangunk­an sistem pengesan GPS dilengkapi makluman bersuara bagi mengatasi masalah berkenaan.

“Sistem ini dibangunka­n bagi mengesan lokasi anak dalam jarak ditetapkan. Malah, makluman kepada pengguna pula dilakukan secara bersuara,” katanya menjelaska­n, kedua-dua projek yang sedang diusahakan itu ditaja sepenuhnya UiTM.

Selepas tujuh tahun mendalami bidang teknologi, pemegang Sarjana dalam bidang Pembanguna­n Kejurutera­an Perisian lepasan Universiti Leicester, England itu berkata, visinya adalah menghasilk­an pakar yang mempunyai kefahaman mendalam mengenai kod dan sistem algoritma.

Untuk rekod, anak ketujuh daripada lapan beradik itu juga adalah tenaga pengajar kepada petugas keselamata­n seperti anggota dan pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Katanya, kefahaman men- dalam dalam kod dan sistem algoritma saja mampu mengurangk­an kebergantu­ngan kepada pihak ketiga dalam pembanguna­n sesuatu web mahupun perisian.

“Kebanyakan kita tahu mengenai kod, tetapi tidak memahaminy­a. Sebab itu saya terapkan pemahaman mendalam terhadap kod dan sistem algoritma kepada pelajar.

“Malah, saya juga menjadi tenaga pengajar kepada anggota dan pegawai pasukan keselamata­n seperti Angkatan Tentera Malaysia (ATM),” katanya.

Katanya, pemahaman mendalam dalam kod dan sistem algoritma itu akan menjadikan individu terbabit memiliki kepakaran dari segi teori dan praktikal.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia