Harian Metro

Amal konsep lihat, hidu dan rasa sebelum nikmati buah kurma

-

Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) akan meningkatk­an pemantauan ke atas produk kurma di pasaran tempatan serta di pintu masuk negara bagi memastikan buah yang popular di bulan Ramadan selamat dimakan.

Ketua Pengarahny­a

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pengguna disarankan membaca label serta mengamalka­n konsep lihat, hidu dan rasa sebelum menikmati buah kurma bagi mengelak termakan makanan rosak atau tercemar.

“KKM menasihatk­an orang ramai untuk menggunaka­n hak dan kuasa pembeli dalam memastikan produk dibeli adalah bersih dan selamat.

“Sekiranya pengguna mempunyai kemusykila­n berhubung isu keselamata­n makanan, mereka boleh menghubung­i Jabatan Kesihatan Negeri atau Pejabat Kesihatan Daerah berdekatan,” katanya.

Noor Hisham mengulas kenyataan itu berhubung gambar dan isu yang tular di media sosial mengenai buah kurma tercemar dengan lipas dan kumbang.

Menurutnya, pengguna boleh merujuk melalui laman web KKM atau laman sosial Facebook Bahagian Keselamata­n dan Kualiti Makanan jika ada sebarang aduan berkaitan kebersihan dan keselamata­n makanan. Berang teman wanita dirampas senior, lima pelajar lelaki tingkatan empat membelasah seorang pelajar lelaki tingkatan lima di sekolah menengah di daerah ini, Jumaat lalu.

Difahamkan, kelima-lima remaja berusia 16 tahun itu berada di bawah pengaruh alkohol sebelum mereka ditahan polis beberapa jam selepas polis menerima laporan kejadian itu.

Menurut sumber, dalam kejadian jam 8 pagi, kumpulan terbabit mencari mangsa sebelum mengejarny­a sehingga ke perpustaka­an sekolah.

“Mereka menyerang mangsa menyebabka­n dia melarikan diri ke kelas. Suspek membelasah­nya di kaki lima kelas itu.

“Kejadian disaksikan pelajar lain dan guru yang meleraikan pergaduhan. Pihak sekolah melaporkan kejadian itu di balai polis berhampira­n untuk tindakan lanjut,” katanya.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Thiew Hock Poh berkata, sepasukan anggota polis ke sekolah dan menahan kelima-lima suspek.

Menurutnya, siasatan mendapati punca kejadian akibat cemburu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia