Harian Metro

Kehilangan terjawab

- Hai Rozzaman Jalal am@hmetro.com.my

Wanita tua berbasikal ditemui lemas dalam parit

Kehilangan misteri seorang wanita warga emas terjawab apabila mangsa yang ‘ghaib’ sejak petang Jumaat lalu ditemui lemas di dalam parit.

Difahamkan penemuan basikal milik mangsa di dalam parit 150 meter dari rumahnya di Kampung Simpang 5 Darat, Bukit Gambir di sini, petang kelmarin, menyelesai­kan kes kehilangan mangsa sebelum ini.

Ketua Polis Daerah Tangkak, Superinten­dan Mohad Idris Samsuri berkata, mayat Mariam Sukon, 74, ditemui penduduk yang melalui kawasan itu kira-kira jam 5 petang sejurus menemui basikal di dalam parit berhampira­n kebun sayur di kampung itu.

Katanya, sepasukan anggota dari Balai Polis Bukit Gambir segera ke lokasi kejadian sebelum mendapati mayat seorang wanita Melayu berada di dalam parit dan dihempap basikal itu.

“Berdasarka­n siasatan awal, anak mangsa memberitah­u ibunya keluar berbasikal kira-kira jam 5 petang untuk pergi berurut kerana mengalami sakit badan.

“Mangsa bagaimanap­un tidak pulang ke rumah sebelum usaha mencarinya dilakukan,” katanya.

Katanya, ahli keluarga mangsa memaklumka­n wanita warga emas itu juga mempunyai masalah daya ingatan.

Mohad Idris berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tangkak untuk bedah siasat bagi mengetahui punca kematianny­a dan dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Serom 8, kelmarin.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia