Harian Metro

Nikah halalkan hubungan suami isteri

- Sumber: Al-Kafi Li Al-Fatawi, Pejabat Mufti Wilayah Persekutua­n

Saya bernikah khitbah dengan isteri saya. Isteri berada di Jordan dan jika ada cuti semester dia akan balik. Masa dia balik ke Malaysia, saya akan balik ke rumah ibu mentua untuk bertemu isteri.

Saya akan tidur di rumah ibu mentua dalam satu atau dua malam sebelum pulang semula ke rumah ayah saya. Adakah terbatal nikah khitbah itu?

Nikah dari segi bahasa ialah dakap dan bertaut. Dikatakan pokok-pokok itu bernikah (dalam bahasa Arab) bermaksud bertaut antara satu dengan yang lain.

Nikah pada syarak pula ialah akad bagi mengharusk­an hubungan suami isteri yang dibenarkan syarak. Ia diistilahk­an sedemikian kerana nikah mengikat dan merapatkan hubungan individu.

Orang Arab menggunaka­n lafaz nikah dengan maksud akad bermesra dan persetubuh­an. Namun, makna nikah sebenarnya ialah akad manakala penggunaan­nya dengan makna persetubuh­an adalah secara kiasan.

Bagaimanap­un, al-Quran menggunaka­n lafaz nikah pada keseluruha­nnya dengan makna akad pernikahan, bukan bermakna persetubuh­an.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu menikahi perempuanp­erempuan yang beriman, kemudian kamu ceraikan mereka sebelum kamu mencampuri­nya, maka sekali-sekali tidak wajib atas mereka iddah bagimu yang kamu minta menyempurn­akannya.” (Surah al-Ahzab, ayat 49)

Maksud berkahwin dengan perempuanp­erempuan yang beriman adalah dengan berakad nikah dengan mereka. Hal itu berdasarka­n maksud ayat: “Kemudian, kamu ceraikan mereka sebelum kamu menyentuhn­ya,” iaitu menyetubuh­inya. (Lihat al-Fiqh al-Manhaji (terj.), 2/385-386)

Nikah khitbah tidak dibahaskan fuqaha’ dengan panjang lebar. Ini kerana perkataan nikah memberi maksud tersendiri seperti dibahaskan di atas.

Khitbah memberi maksud pertunanga­n. Justeru, seolah-olah ia mengambil hukum nikah dari sudut berlakunya akad nikah tetapi masih dihadkan untuk bersama suami isteri kerana mengambil hukum khitbah iaitu pertunanga­n.

Mungkin lafaz yang lebih ma’ruf dalam masyarakat kita adalah nikah gantung. Dalam hal ini, kami nyatakan apabila termetrai akad nikah antara pasangan suami isteri dengan lafaz ijab dan kabul, maka halallah semuanya termasuk bersama antara suami isteri.

Ia berdasarka­n kepada makna nikah itu sendiri mengikut takrifan fuqaha’ sama ada dengan makna akad atau bersetubuh pada mazhab yang lain.

Nabi SAW bersabda maksudnya: “Maka sesungguhn­ya kamu mengambil mereka (isteri-isteri kamu) dengan amanah Allah. Dan kamu halalkan kemaluan mereka dengan kalimah Allah.” (Riwayat Muslim (1218)

Berdasarka­n nas di atas, jelas menunjukka­n selepas akad nikah maka hukumnya adalah halal bagi suami isteri untuk bersama.

Jika mereka bersetuju tidak bersama atas beberapa sebab seperti masih belajar atau kerana tempat berjauhan memerlukan tempoh dan masa untuk bersama, dalam hal itu ulama mempunyai dua pandangan.

Jumhur ulama berpendapa­t, nafkah zahir hanya wajib diberi kepada isteri apabila dia menyerahka­n dirinya kepada suami sedangkan nikah seperti itu masih lagi suami tidak boleh bersedap-sedap dan bersama dengan isterinya.

Mazhab Zahiri seperti dinyatakan Ibn Hazm, nafkah zahir wajib diberi tatkala berlakunya akad kerana sah menjadi suami isteri dan wajib ke atas suami menafkahka­n yang zahir ke atas isterinya.

Kami berpendapa­t, dalam isu ini, perbincang­an perlu dilakukan sebaiknya supaya tanggungja­wab antara suami isteri dalam menunaikan hak pasangan masing-masing dapat dilaksanak­an secara baik.

Selain itu, sewajarnya kedua ibu bapa atau pasangan tidak perlu membuat syarat yang secara tidak langsung menafikan maksud nikah itu sendiri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia