Harian Metro

Ajal depan rumah

 Lelaki balik lepas jual barang terpakai dirempuh motor besar

- Raja Noraina Raja Rahim rnoraina@hmetro.com.my

“Abang mengguntin­g rambut dan mengemas diri sehari sebelum kejadian. Saya sangka abang mahu menyambut kedatangan bulan mulia, tetapi rupanya dia pergi menghadap Ilahi,” kata Zaitun Ahmad Sharif, 42, mengenai abangnya yang maut dalam kemalangan di Kampung Jijan Hilir, di sini, kelmarin.

Katni, 56, yang menunggang motosikal Modenas Kriss dirempuh sebuah motosikal berkuasa tinggi ketika membelok masuk ke kawasan rumahnya, jam 3 petang.

Zaitun berkata, arwah abangnya itu tinggal seorang diri di rumah pusaka keluarga dengan bekerja sebagai tukang cuci di sebuah sekolah dan melakukan kerja sampingan mengutip barangan terpakai.

“Arwah anak keenam daripada 11 beradik tidak pernah berkahwin dan hanya menguruska­n dirinya sendiri. Bagaimanap­un, adik-beradik lain yang tinggal berhampira­n kerap bertanya khabar.

“Abang ada datang ke rumah saya di Kampung LBJ pada Khamis lalu. Abang tidak menunjukka­n sebarang perubahan tetapi ada memberitah­u mahu memotong rambut dan mengemas diri,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ), di sini, semalam.

Menceritak­an kejadian, katanya, Katni ketika itu dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menjual barangan terpakai di pekan Salak, dekat sini, dan kemalangan itu disedari ahli keluarga yang mendengar dentuman kuat.

Zaitun berkata, secara kebetulan suaminya juga dalam perjalanan ke pekan Salak melihat kemalangan di hadapan rumah arwah lalu menghampir­i dan terkejut apabila mendapati arwah yang terbabit dalam kemalangan itu.

“Selepas dihubungi suami, saya segera ke lokasi dan sedih sebaik melihat keadaan arwah yang sudah membotakka­n kepalanya. Tidak sangka ia petanda arwah mahu meninggal dunia,” katanya.

Jenazah arwah dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Kampung Jijan Hilir, di sini, sebelum solat Zuhur semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Nilai Superinten­dan Zaldino Zaludin berkata, siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987.

 ??  ?? AHLI keluarga mangsa ketika ditemui di HTJ. ORANG ramai mengusung jenazah mangsa. KATNI meninggal dunia di lokasi kejadian akibat dirempuh motosikal berkuasa tinggi, semalam.
AHLI keluarga mangsa ketika ditemui di HTJ. ORANG ramai mengusung jenazah mangsa. KATNI meninggal dunia di lokasi kejadian akibat dirempuh motosikal berkuasa tinggi, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia