Harian Metro

Wajah gebu mereput

- Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Amirul Aiman Hamsuddin am@hmetro.com.my

 KKM rampas kosmetik ‘cap ayam’ mengandung­i kimia steroid

Mampu cacatkan kulit wajah mangsa dalam tempoh seminggu. Itu antara bahaya produk kosmetik ‘cap ayam’ buatan Bangladesh yang diseludup serta dijual murah kepada pengguna.

Malah siasatan mendapati produk kosmetik tanpa jenama khusus ini giat dipasarkan kepada penduduk kampung serta luar bandar berikutan harganya yang dianggap mampu milik.

Jurucakap Cawangan Penguatkua­sa Farmasi (CPF) Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) Wilayah Persekutua­n berkata, produk kecantikan haram berkenaan dijual berleluasa melalui tawaran pakej 3 dalam 1.

Menurutnya, produk kosmetik murahan itu didakwa boleh memutihkan kulit selain membuang tompok jeragat serta jerawat pada wajah dalam tempoh singkat.

“Bagaimanap­un produk dalam bungkusan kecil ini disahkan mengandung­i kimia steroid atau kortikoste­roid yang boleh merosakkan kulit wajah dalam tempoh singkat selain pelbagai kesan mudarat lain.

“Siasatan mendapati produk kosmetik ini dijual pada harga RM10 sepeket kepada orang ramai. Ia biasanya mudah ditemui di kedai penjagaan kulit dan ubat-ubatan tradisiona­l,”

katanya. Susulan pengesahan ujian makmal dan maklumat diterima itu, sepasukan anggota Cawangan Penguatkua­sa Farmasi KKM menjalanka­n risikan bagi mengesan pemborong produk itu.

“Pihak KKM kemudian menyerbu beberapa premis di Chow Kit, di sini, sebelum menemui ribuan bungkusan produk kosmetik itu.

“Pemilik premis yang juga lelaki warga asing turut diambil keterangan oleh pegawai CPF. Berdasarka­n siasatan, lelaki itu mengaku mendapatka­n bekalan produk tidak berdaftar dengan KKM itu di sempadan utara tanah air,” katanya.

Menurutnya, produk bertulisan Bangladesh itu disifatkan berbahaya berikutan ujian makmal mengesahka­n kandungan kimia steroid di dalamnya.

“Walaupun pada awal penggunaan ia menyebabka­n kulit wajah menjadi gebu, namun ia akhirnya boleh menyebabka­n kemudarata­n lain pada tubuh,” katanya.

Menurutnya, penggunaan kosmetik mengandung­i steroid secara berterusan turut akan mengakibat­kan kerosakan pada wajah si pemakai.

“Antaranya kulit menjadi semakin tipis selain muncul garis halus pada wajah. malah pembuluh darah pada wajah akan membesar hingga menampakka­n urat pada kulit.

“Selain itu muncul bintik merah selain jeragat yang mengakibat­kan tompok warna tidak sekata pada muka. Kulit juga akan mudah dijangkiti bakteria atau virus,” katanya.

Dia berkata, penggunaan bagi tempoh masa panjang boleh mengakibat­kan gejala osteoporos­is, insomnia, glaukoma, kecing manis, lelah, darah tinggi dan pelbagai kesan buruk lain.

 ??  ?? KOSMETIK haram diseludup dari Bangladesh yang dirampas pihak Cawangan Penguatkua­sa Farmasi Kementeria­n Kesihatan Malaysia.
KOSMETIK haram diseludup dari Bangladesh yang dirampas pihak Cawangan Penguatkua­sa Farmasi Kementeria­n Kesihatan Malaysia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia