Harian Metro

Menangis balasan perdaya jururawat

- Muhamaad Razis Ismail razis@hmetro.com.my

 Warga Thailand dijel 24 bulan jual barang kemas dilelong

Seorang wanita warga Thailand menangis selepas dijatuhi hukuman penjara 24 bulan oleh Mahkamah Majisret, di sini, semalam terhadap empat tuduhan memperdaya seorang jururawat membabitka­n barang kemas lelong pada bulan lalu.

Majistret Mohd Azrul Hasyimi Muhamad menjatuhka­n hukuman itu selepas tertuduh Siti Maryam Doloh, 40, mengaku salah terhadap pertuduhan.

Mengikut pertuduhan pertama sehingga keempat, tertuduh didakwa memperdaya Nor Azizah Omar, 38, untuk menyerahka­n wang tunai RM7,000 dan barang kemas untuk memperoleh tiga dulang barang kemas lelong di hadapan sebuah klinik kesihatan dan belakang Masjid Muhammadi, di sini pada 25 hingga 27 April lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara minimum setahun dan maksimum 20 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Berdasarka­n fakta kes, ketika mangsa bertugas di klinik kesihatan, dia ditawarkan tertuduh untuk urusan jualan barang kemas lelong.

Mangsa kemudian membuat pembayaran sebanyak RM7,000 selain turut menyerahka­n barang kemas berupa empat utas rantai tangan emas dan dua rantai emas dianggarka­n berjumlah RM3,000 kepada tertuduh.

Tertuduh memberitah­u mangsa bahawa dia akan mendapat tiga dulang barang kemas lelong dalam masa seminggu, namun menghilang­kan diri selepas kejadian.

Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon hukuman ringan kerana sudah insaf dengan kesalahann­ya.

Bagaimanap­un, Timbalan Pendakwa Hamidah Mahmood memohon hukuman setimpal untuk memberi pengajaran kepada tertuduh dan kerugian terhadap mangsa.

 ??  ?? SITI Maryam menutup wajahnya daripada dirakam.
SITI Maryam menutup wajahnya daripada dirakam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia