Harian Metro

Cekik tedung selar benam taring

-

“Semasa ular itu mematuk paha kiri, saya sempat menangkap kepalanya untuk mengelakka­n ia membenamka­n seluruh taringnya. Alhamdulil­lah, Allah memanjangk­an usia,” kata Mohd Ali Md Ros, 77, yang parah dipatuk ular tedung selar di Kampung Batu 18, Ayer Hitam,

Lendu, dekat sini, minggu lalu.

Mohd Ali atau lebih dikenali dengan panggilan Pak Ali berkata, tindakan pantasnya mencekik leher ular sepanjang 5.5 meter itu berjaya menghalang reptilia berbisa itu menusukkan keseluruha­n bisanya.

Menurutnya, dalam kejadian jam 5 petang 21 Mei lalu, dia sedang membasuh motosikal di halaman rumah dan tiba-tiba terdengar jeritan isterinya, Siti Zaharah Basiron, 61, yang terlihat ular masuk ke rumpun pokok pisang di sebelah kanan rumah.

Katanya, dia mengambil sebilah sabit dan mengejar ular berkenaan yang ketika itu sudah tiba di dapur rumahnya.

“Bagaimanap­un, ular tedung itu berpatah balik menghadap saya sambil menegak dengan hanya suku daripada badannya masih di atas tanah, manakala selebihnya sudah melepasi kepala saya.

“Saya bertindak melibaskan sabit ke arah kepalanya, tetapi ia sempat mengelak. Sabit itu terlepas daripada tangan dan saya terjatuh di celah pokok pisang,” katanya ketika ditemui di kediamanny­a, di sini, semalam.

Menurutnya, selepas terjatuh, ular tedung selar terbabit menyerangn­ya tetapi dia sempat menendang haiwan berbisa itu beberapa kali sehinggala­h ia mematuk paha kirinya.

 ??  ?? MOHD Ali memegang sabit yang digunakan ketika melawan ular tedung selar.
MOHD Ali memegang sabit yang digunakan ketika melawan ular tedung selar.
 ??  ?? LAPORAN Harian Metro Khamis lalu.
LAPORAN Harian Metro Khamis lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia