Harian Metro

Sapu bersih

- Hidayah Bahaudin nurul.hidayah@hmetro.com.my

 Empat perompak larikan empat dulang barang kemas bernilai RM1 juta ketika iftar

Sengaja menunggu ‘masa sesuai’ pada waktu berbuka puasa sebelum melakukan rompakan nekad terhadap sebuah kedai emas di Pusat Beli Belah The Mines, di sini.

Dalam kejadian jam 7.30 malam kelmarin, sekumpulan empat penjenayah melarikan empat dulang barang kemas dianggarka­n bernilai hampir RM1 juta.

Difahamkan suspek lelaki yang memakai topi keledar tutup penuh muka itu menyerbu masuk ke dalam premis berkenaan dengan bersenjata­kan pistol.

Pemangku Ketua Polis Daerah Serdang Superinten­dan Lee Wai Leong berkata, pihaknya menerima panggilan daripada seorang pengawal keselamata­n di premis berkenaan berhubung kejadian rompakan itu.

“Ketika kejadian, kedai emas itu lenggang kerana tiada pelanggan dan hanya lima pekerja termasuk pengawal keselamata­n berada di dalam premis berkenaan.

“Berdasarka­n keterangan saksi, penjenayah meluru masuk ke dalam premis berkenaan dengan dua daripada mereka membawa pistol.

“Salah seorang suspek bertindak mengacu pistol ke arah pengawal keselamata­n manakala rakannya yang lain memecah cermin meja pameran sebelum melarikan beberapa dulang barang kemas,” katanya.

Lee berkata, pihaknya sedang meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian bagi mengenal pasti identiti keempat-empat suspek terbabit.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk mengenal pasti jumlah sebenar kerugian dialami.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana kesalahan samun berkumpula­n menggunaka­n senjata,” katanya.

 ??  ?? KEDAI emas yang menjadi sasaran empat penjenayah.
KEDAI emas yang menjadi sasaran empat penjenayah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia