Harian Metro

‘Lega terima panggilan anak’

-

“Walaupun runsing dan bimbang, saya lega apabila menerima panggilan telefon daripada Aina, malam tadi (kelmarin),” kata Misriah Mohamad Sani, 44, ibu kepada Aina Sakinah Mohd Noor Azmi, 19, yang dilaporkan hilang sejak Selasa lalu.

Menurut Misriah, anaknya itu menelefonn­ya dalam tempoh singkat dan menyatakan dirinya selamat pada jam 10 malam.

“Dia memberitah­u dia selamat bersama seorang wanita, namun tidak mahu menyatakan lokasi dia berada. Panggilan itu dibuat menggunaka­n telefon awam dan beberapa kali terputus talian.

“Mendengar suara Aina, saya hanya mampu berfikir perkara yang baik dan mahu dia segera kembali ke pangkuan keluarga dalam keadaan selamat,” katanya.

Akhbar ini semalam melaporkan keresahan Misriah yang buntu apabila masih tiada petunjuk berhubung kehilangan anaknya itu.

Remaja perempuan itu didapati hilang ketika ibunya mahu mengambil seorang anaknya, Mariam Adawiyah, 10, pulang dari sekolah berdekatan rumah mereka di Seksyen 17, di sini.

Misriah berkata, Aina memberitah­u supaya tidak risau dengan keadaannya yang mahu membuktika­n dirinya boleh berdikari dan mencari ketenangan.

“Saya hanya berpesan supaya dia segera pulang dan sentiasa menjaga maruah diri,” katanya.

“Saya tidak ambil kisah kata-katanya kerana menganggap ia hanyalah gurauan,” kata Rosnah Lebar, 61, ibu kepada Mohd Syamin Hashing, 16, yang hilang ketika menangkap ikan di Perairan Pontian, di sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian jam 4 petang, Syamin dipercayai hilang apabila bot tunda dinaiki bersama tiga rakan lain terbalik akibat ribut dan angin kencang.

Syamin anak bongsu daripada lapan beradik bagaimanap­un hilang manakala tiga rakannya menyelamat­kan diri.

Rosnah berkata, sebelum

 ??  ?? ANGGOTA bomba menangkap ular sawa di kedai memproses santan.
ANGGOTA bomba menangkap ular sawa di kedai memproses santan.
 ??  ?? AINA Sakinah
AINA Sakinah

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia