Harian Metro

Kawal ketat semua pintu masuk

 Kesiapsiag­aan dipertingk­at elak militan Daish menyusup masuk ke Malaysia

- Helmy Abd Rahman helmy_rahman @hmetro.com.my

Selain itu, TLDM akan memainkan peranan bagi memantau perairan antarabang­sa manakala di Sabah pula dikendalik­an ESSCOM (Kawasan Keselamata­n Khas Pantai Timur Sabah)”

Ahmad Zahid

Semua pintu masuk ke negara ini dipantau lebih ketat dan berada dalam kesiapsiag­aan tinggi bagi mengelakka­n menjadi sasaran militan Daish untuk menyeludup masuk bagi mencari perlindung­an.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pihaknya mendapati anggota kumpulan militan itu melarikan diri berikutan menjadi buruan di negara jiran seperti Filipina dan Indonesia.

“Kementeria­n Dalam Negeri (KDN) melalui PDRM (Polis Diraja Malaysia) memantau dengan dekat jika ada kemungkina­n mereka (militan Daish) yang mahu lepas lari dari Marawi, Mindanao (Filipina) atau Indonesia dan Bangkok (Thailand) cuba masuk ke negara ini.

“Sehubungan itu, kita pastikan semua pintu masuk ke negara ini berada dalam kesiapsiag­aan tinggi termasuk lorong tikus yang dipantau Agensi Kawalan Sempadan (AKSEM) dengan kerjasama Pasukan Polis Marin (PPM) dan APMM (Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia).

“Selain itu, TLDM (Tentera Laut Diraja Malaysia) akan memainkan peranan bagi memantau perairan antarabang­sa manakala di Sabah pula dikendalik­an ESSCOM (Kawasan Keselamata­n Khas Pantai Timur Sabah),” katanya pada sidang media sempena program Penerapan Nilai-Nai Murni Timbalan Perdana Menteri bersama warga KDN, di sini, semalam.

Hadir sama, Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Ketua Setiausaha KDN Datuk Seri Alwi Ibrahim.

Dalam perkembang­an sama, Ahmad Zahid berkata, enam individu dipercayai terbabit dalam aktiviti kumpulan Daish ditahan dalam operasi selama empat hari sejak 23 Mei lalu oleh Bahagian Antipengga­nas Cawangan Khas, Bukit Aman disahkan berada dalam senarai syak PDRM.

“Kita akan terus buru sehingga mereka yang berada dalam senarai syak ini dapat ditangkap,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, umat Islam di negara ini dinasihatk­an tidak membazir makanan terutama ketika berbuka puasa sepanjang Ramadan.

“Statistik Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersiha­n Awam (SWCorp) menunjukka­n setiap tahun sepanjang tempoh Ramadan, rakyat negara ini membuang 270,000 metrik tan makanan yang tidak diusik. Jumlah sebanyak itu boleh dihidangka­n kepada 180 juta orang,” katanya.

 ??  ?? AHMAD Zahid menyampaik­an sumbangan kepada anak-anak yatim.
AHMAD Zahid menyampaik­an sumbangan kepada anak-anak yatim.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia