Harian Metro

Mudah kerja polis

- Mohd Hasbi Sidek mohd.hasbi@hmetro.com.my

 Penjenayah pecah masuk sekolah tertinggal beg berisi salinan MyKad

Sekumpulan penjenayah amatur mudah diberkas polis selepas tertinggal beg berisi salinan MyKad di sebuah sekolah yang dipecah masuk di Wangsa Maju, di sini.

Kecuaian mereka ketika memecah masuk bilik guru di sekolah berkenaan kira-kira jam 2.30 pagi kelmarin, sekali gus memudahkan polis mengenal pasti identiti penjenayah.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superinten­dan Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata, suspek memecah masuk ke bilik guru dan melarikan wang tunai berjumlah RM120.

“Seorang guru di sekolah berkenaan mendapat makluman beberapa bilik dipecah masuk sebelum bergegas

ke lokasi kejadian untuk melakukan pemeriksaa­n.

“Guru berusia 24 tahun itu mendapati jeriji besi di bilik media dipotong selain mendapati wang tunai RM120 dari bilik guru hilang. Dia juga menemui alat pemotong besi, topi keledar dan sebuah beg dipercayai milik suspek di lokasi kejadian,” katanya.

Beliau berkata, beg berwarna coklat itu mengandung­i salinan MyKad salah seorang remaja berusia 16 tahun, sebuah telefon bimbit dan satu salinan laporan polis.

“Berdasarka­n penemuan beg berkenaan, pasukan dari Balai Polis Wangsa Maju pergi ke sebuah pangsapuri di Setapak Jaya di sini, kira-kira jam 10.30 pagi dan menahan pemilik beg berkenaan.

“Hasil soal siasat suspek mengaku melakukan kesalahan itu bersama tiga rakan lain. Berdasarka­n kenyataan suspek, polis pergi ke sebuah surau di Setapak Jaya dan menahan suspek kedua berusia 15 tahun kira-kira jam 11.30 pagi.

“Berpanduka­n suspek kedua, polis melakukan pemeriksaa­n di sebuah pangsapuri di Setapak Jaya dan menahan suspek ketiga berusia 18 tahun jam 12.30 tengah hari sebelum menahan suspek keempat berusia 17 tahun di sebuah rumah di Seksyen 2, Wangsa Maju, jam 1.15 tengah hari,” katanya.

Menurutnya, pihaknya mengambil barang bukti di sekolah iaitu sebuah beg, topi keledar dan pemotong besi untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

 ??  ?? BARANGAN yang dirampas daripada
s u s p ek.
BARANGAN yang dirampas daripada s u s p ek.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia