Harian Metro

Terus tradisi 15 tahun agih bubur lambuk

-

Tradisi 15 tahun dengan membuat dan mengagihka­n bubur lambuk sempena Ramadan diteruskan Masjid Jamek Ibnu Khaldun, Sungai Besi, di sini, sejak semalam.

Pengerusi masjid berkenaan Hamzah Abd Wahab berkata, program itu adalah aktiviti tahunan dinantikan setiap penduduk setempat kerana bubur lambuk masjid itu sangat istimewa dengan menggunaka­n sepuluh rempah ratus khas.

“Kerja-kerja membuat dan mengagihka­n bubur lambuk sebanyak 1,500 setiap hari sepanjang Ramadan ini dilakukan ahli jawatankua­sa masjid yang terdiri daripada anak kariah.

“Setiap hari, masjid akan menyediaka­n lima periuk besar yang disediakan tujuh tukang masak sebelum diagihkan kepada penduduk,” katanya ketika ditemui pada majlis pengagihan bubur lambuk kepada penduduk setempat di sini.

Menurutnya, persiapan memasak bubur lambuk mula dilakukan sejak subuh.

“Inisiatif yang dilakukan ini adalah bagi mengeratka­n hubungan silaturahi­m antara kariah.

“Proses menyediaka­n bubur lambuk daripada memasak hingga membungkus dilakukan secara gotong-royong, sekali gus mewujudkan kerjasama dan merapatkan persaudara­an.

“Diharapkan dengan pengagihan bubur lambuk ini dapat membantu segelintir masyarakat yang kurang bernasib baik agar sama-sama menikmati keindahan bulan Ramadan,” katanya.

Tambahnya, masjid itu digunakan sejak tiga minggu lalu dan bagi menyerikan Ramadan, pihaknya menyediaka­n juadah berbuka puasa untuk hingga 200 jemaah.

 ??  ?? HAMZAH (dua dari kanan) memberi bubur lambuk kepada jemaah di Masjid Jamek Ibnu Khaldun, semalam.
HAMZAH (dua dari kanan) memberi bubur lambuk kepada jemaah di Masjid Jamek Ibnu Khaldun, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia