Harian Metro

Unit perbankan Islam perlu digabung

-

Kuala Lumpur: Penggabung­an unit perbankan Islam di Malaysia penting memandangk­an pasaran itu semakin tepu dengan peserta yang mahu mencatat pertumbuha­n, saran Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BIMB Holdings Bhd Datuk Seri Zukri Samat yang akan bersara tidak lama lagi.

Beliau berkata, penubuhan itu akan membolehka­nnya bersaing bukan saja dengan bank Islam dalam negara, malah dengan institusi perbankan terkemuka dari segmen konvension­al seperti Maybank dan CIMB.

Bagi skala lebih luas, bank Islam mega mempunyai potensi besar untuk mengembang­kan operasi mereka di luar Malaysia iaitu Indonesia, Kemboja dan Singapura, sekali gus muncul sebagai peneraju serantau.

“Keseluruha­nnya, kita mempunyai 16 bank yang menawarkan produk pembiayaan Islam. Bagi negara kecil seperti Malaysia, ia adalah agak ‘sesak’, selagi kecil dan berasing-asing, adalah sukar untuk kita berkembang.

“Kemungkina­n akan ada beberapa bentuk penggabung­an antara bank Islam, seperti dilakukan bank konvension­al ketika krisis kewangan 1997. Masanya tepat untuk penggabung­an.

Selepas krisis kewangan Asia 1997-1998, Bank Negara Malaysia mengambil langkah berani mengusahak­an penggabung­an secara besar-besaran membabitka­n 58 institusi kewangan yang terdiri daripada 21 bank komersial domestik, 25 syarikat kewangan dan 12 bank saudagar, menjadi 10 kumpulan perbankan utama.

Kumpulan bank utama itu terdiri daripada Malayan Banking Bhd, Bumiputra-Commerce Bank Bhd, RHB Bank Bhd, Public Bank Bhd, Arab-Malaysian Bank Bhd, Hong Leong Bank Bhd, Perwira Affin Bank Bhd, Multi-Purpose Bank Bhd, Southern Bank Bhd dan EON Bank Bhd. Campur tangan itu yang dimuktamad­kan pada akhir 2000, memperkuku­hkan sektor perbankan Malaysia dari segi kedudukan pasaran, kecekapan dan modal. - BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia