Harian Metro

Wajah baru kedai Mesra

- Sofyan Rizal Ishak sofyan.rizal@hmetro.com.my

 PDB rancang ubah suai 100 stesen minyak PETRONAS awal tahun depan

PETRONAS Dagangan Berhad (PDB) merancang mengubah suai 100 stesen minyak PETRONAS di seluruh negara kepada konsep lebih moden dan sesuai dengan cita rasa kini terutama golongan muda menjelang awal tahun depan.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifn­ya Datuk Mohd Ibrahimnud­din Mohd Yunus berkata, pengubahsu­aian itu membabitka­n ruang dalaman dan luaran stesen minyak yang mengendali­kan kedai Mesra.

“Kami turut memperuntu­kkan sejumlah kos tertentu bagi kerja baik pulih ini dengan anggaran peruntukan bagi setiap stesen antara RM100,000 hingga RM200,000 bergantung kepada saiz dan lokasi stesen,” katanya pada pelancaran Kafe A’rooma di stesen PETRONAS di sini, baru-baru ini.

Hadir sama Pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) Tan Sri Mohd Ali Mohd Rustam dan Pengarah Urusan Deluxe Merchant Sdn Bhd (Deluxe Merchant) Datin Azreen Abu Noh.

Sehingga kini, PETRONAS memiliki 1,000 stesen minyak di seluruh negara dengan 750 daripadany­a mempunyai kedai Mesra.

Beliau berkata, kerja pengubahsu­aian stesen minyak dimulakan sejak tahun lalu dan 25 stesen kini diubahsuai serta dijangka selesai menjelang separuh kedua tahun ini. Menurutnya, pihaknya tidak akan mengubah suai 750 stesen minyak yang memiliki kedai Mesra kerana kerja berkenaan hanya tertumpu kepada stesen di kawasan populasi bandar bagi memenuhi keperluan penduduk di kawasan terbabit.

Sementara itu, PDB menjalinka­n kerjasama dengan Deluxe Merchant bagi membuka kafe a’rooma di stesen minyak PETRONAS Presint 16, Putrajaya yang menawarkan kemudahan dan mempelbaga­ikan tawaran kepada pelanggan.

Kafe itu menawarkan konsep grab dan go dengan sajian makanan barat, pastri, kek, pai dan pelbagai minuman seperti kopi dan latte. Ia cawangan kedua dibuka selepas cawangan pertama di stesen PETRONAS Penchala Link (arah Kuala Lumpur).

 ??  ?? MOHD Ali (tengah) bersama Mohd Ibrahimnud­din (kanan) dan Azreen pada perasmian kafe a’rooma di kedai Mesra PETRONAS Presint 16, Putrajaya, semalam.
MOHD Ali (tengah) bersama Mohd Ibrahimnud­din (kanan) dan Azreen pada perasmian kafe a’rooma di kedai Mesra PETRONAS Presint 16, Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia