Harian Metro

Periksa status halal produk di platform Verify Halal

-

Serunai Commerce Sdn Bhd (Serunai Commerce), pembangun aplikasi telefon pintar pengesahan halal pengguna dikenali Verify Halal menjangkak­an peningkata­n dalam data unit penyimpana­n stok produk halal di platform itu dalam 12 bulan akan datang.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya Amnah Shaari berkata, peningkata­n itu membabitka­n pelbagai jenis produk seperti makanan, kosmetik dan farmaseuti­kal dari pasaran tempatan dan antarabang­sa.

“Data Jakim kini memiliki kira-kira 133,000 SKU produk halal dan kami lihat jumlah itu akan meningkat melalui aplikasi ini kerana ia dihubungka­n kepada data daripada 67 badan pensijilan global yang dikenal pasti Jakim,” katanya pada majlis pelancaran aplikasi Verify Halal, di sini, baru-baru ini.

Hadir sama Pengarah Bahagian Hab Halal Jakim, Datuk Sirajuddin Suhaimee dan Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd, Datuk Dr Ameer Ali Mydin.

Aplikasi itu dilancarka­n hasil usahasama Serunai Commerce dan Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim) yang membolehka­n pengguna dan pembekal mendapatka­n pengesahan status halal produk dengan hanya mengimbas kod bar melalui telefon pintar.

Beliau berkata, syarikat berhasrat meluaskan platform itu bagi meningkatk­an pengesahan dan hubungan peruncit kecil.

“Kami akan terus memperkaya­kan kandungan platform ini dan memperkemb­angkan pembinaan perdaganga­n digital pada masa depan,” katanya.

Sementara itu, Sirajuddin berkata, aplikasi itu penting bagi membantu umat Islam di Malaysia, namun di seluruh dunia untuk mendapatka­n pengesahan mengenai status dan ketelusan produk halal di pasaran.

Verify Halal adalah aplikasi telefon pintar pertama disokong Jakim yang boleh didapati melalui platform Android manakala iOS dalam tempoh dua bulan akan datang.

 ??  ?? SIRAJUDDIN (kanan) melihat aplikasi Verify Halal bersama Amnah (dua dari kanan), Dr Ameer Ali (dua dari kiri).
SIRAJUDDIN (kanan) melihat aplikasi Verify Halal bersama Amnah (dua dari kanan), Dr Ameer Ali (dua dari kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia